• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet Tambahan Buat Nelayan, Petani Dipertimbang

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada golongan miskin khususnya nelayan, petani dan peladang bagi membantu meringankan beban sara hidup, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat semalam beliau membangkitkan nasib golongan ini yang miskin, manakala peruntukan buat mereka dalam Belanjawan yang dibentangkan pula agak kecil, malah ada juga insentif bantuan yang dipotong.

“Saya sebagai Anggota Parlimen semalam meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya pertimbangkan balik, kalau boleh bagi peruntukan kepada orang miskin dan beliau jawab terus… dan (dia) pertimbangkan untuk laksanakan segera,” katanya dalam ucapan pada majlis Ucapan Terima Kasih kepada Ejen Tempat Mengundi/Ejen Mengira Undi di sini, hari ini.

Beliau memberi contoh perkampungan Port Dickson sendiri yang mempunyai empat perkampungan nelayan Melayu dan dua perkampungan nelayan Cina serta estate yang rata-rata penduduknya terdiri daripada kalangan orang miskin.

Semalam, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat Anwar meminta kerajaan untuk terus membantu golongan petani, nelayan, peladang dan pekebun kecil susulan pemotongan beberapa insentif buat golongan ini.

Katanya sebahagian besar kelompok masyarakat itu adalah kalangan miskin yang memerlukan bantuan kerajaan demi kelangsungan hidup. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd