• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan Enam Mata Selesai Isu Gaji TCFC Bulan Depan

oleh
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan dan pemain pasukan Terengganu City FC (TCFC) pada 3 Dis depan bagi menyelesaikan isu bayaran gaji jurulatih serta pemain yang didakwa tertunggak hampir setahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pertemuan khas itu bakal diadakan susulan permintaan daripada pelbagai pihak supaya kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan kemelut berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan untuk memanggil kedua-dua belah pihak iaitu pihak pengurusan dan pemain untuk duduk semeja dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Setelah meneliti banyak perkara saya putuskan untuk memanggil kedua-dua belah pihak pada 3 Dis depan untuk bersemuka bagi mendapat gambaran sebenar tentang masalah tersebut. Ini kerana semua maklumat yang saya terima sebelum ini adalah berbeza-beza laporannya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri tidak berhasrat mengambil alih pengurusan pasukan itu kerana ia memerlukan komitmen kewangan yang tinggi setiap tahun.

Sementara itu, Jurulatih TCFC, Roshadi Wahab berkata beliau amat berharap supaya masalah terbabit dapat diselesaikan pada perjumpaan enam mata bagi membela nasib pemain dan kakitangan yang didakwa teraniaya serta digantung tidak bertali.

Beliau berkata pihaknya terpaksa meminta campur tangan kerajaan negeri kerana pihak pengurusan skuad The Sharks didakwa enggan bersemuka dan tidak menjawab semua surat serta e-mel yang dihantar kepada mereka malah menabur pelbagai janji palsu untuk menutup kesalahan mereka.

“Campur tangan kerajaan negeri memberi sedikit kelegaan kepada kami, tetapi saya minta tarikh itu dipercepatkan sedikit kerana kami tidak dapat bersabar lagi menahan tekanan hutang dan beban kewangan lain.

Bayangkan gaji pemain tidak dibayar sejak Julai lalu dan saya sendiri sudah setahun tidak menerima gaji. Jika dikira semua tunggakan dan pampasan yang perlu dijelaskan oleh TCFC mencecah RM800,000. Kami rasa seperti ‘kain buruk’ yang selepas keringatnya diperah dicampak begitu sahaja” dakwanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Konflik dalaman TCFC timbul apabila pihak pengurusan gagal membayar tunggakan gaji kepada jurulatih dan pemain menyebabkan Ketua Jurulatih, Mohd Noor Derus bersama lima lagi staf kejurulatihan menghantar surat secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, pihak pengurusan TCFC didakwa masih berdegil dan enggan melunaskan tuntutan biarpun telah diarahkan FAM.

Kemuncaknya, TCFC yang juga juara Piala FAM tahun ini bukan sahaja terpaksa melupakan hasrat untuk bermain di Liga Perdana tetapi turut hilang kelayakan untuk beraksi di mana-mana Liga Malaysia musim hadapan. – BERNAMA

Tags: TCFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd