• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50 Maut Di Afghanistan Dalam Pertempuran 24 Jam

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Pertempuran antara tentera kerajaan dan militan antikerajaan telah menyebabkan lebih 50 orang maut dalam tempoh 24 jam lepas di Afghanistan, negara yang terjejas akibat pemberontakan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai pada Rabu.

Dalam pertempuran terkini, pemberontak Taliban telah menyerbu pos pemeriksaan keselamatan di daerah Ashkamish yang terletak di utara wilayah Takhar pada awal pagi Rabu, mencetuskan insiden berbalas tembakan yang berlanjutan selama beberapa jam, menyebabkan tujuh pemberontak dan tiga anggota pasukan keselamatan maut, kata jurucakap kerajaan wilayah Mohammad Jawad Hajari.

Lima militan dan empat anggota keselamatan cedera dalam pertempuran itu.

Dalam perkembangan lain, seorang anggota polis dan dua anggota tentera maut di pinggir bandar Ghazni pada pagi Rabu.

Menurut polis, serangan anggota militan Taliban ke atas pos pemeriksaan keselamatan berjaya dipatahkan.

Sejumlah 24 pemberontak disahkan maut manakala 19 lagi cedera apabila sebuah pesawat pejuang menyerang tempat persembunyian Taliban di kawasan Arkalik dalam daerah Qaisar yang terletak di utara wilayah Faryab dalam tempoh 24 jam lepas, kata seorang jurucakap tentera di wilayah utara Mohammad Hanif Rezai.

Pertempuran di daerah Mizan yang terletak di selatan wilayah Zabul pula menyebabkan dua anggota polis dan lapan pemberontak maut manakala berpuluh-puluh anggota daripada kedua-dua pihak cedera sejak Selasa, kata Ketua Polis Wilayah Mohammad Mustafa Mayar.

Lapan lagi anggota militan cabang Taliban terbunuh di daerah Mohammad Agha yang terletak di timur wilayah Logar sejak pagi Selasa, kata sumber keselamatan. – BERNAMA

Tags: Afghanistanperang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

Penurunan Pengeluaran Dadah Di Afghanistan Tingkatkan Penggunaan Dadah Sintetik Baharu

27/06/2024
0

VIENNA : Agensi dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memberi amaran bahawa penurunan dalam pengeluaran dadah di Afghanistan mungkin meningkatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd