• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Dewan Belia Perak Mula 8 Disember

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persidangan Dewan Belia Perak untuk Mesyuarat Kedua Penggal Pertama akan diadakan selama dua hari bermula 8 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata 60 perwakilan belia akan menyertai persidangan kali ini dengan mengekalkan anggota sedia ada.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Teoh Yee Chern dilantik sebagai Speaker Dewan Belia Perak yang baharu.

“Beberapa penambahbaikan dan pembaharuan struktur serta aturan dewan dilakukan antaranya usul dibawa lebih terbuka, dan bebas membawa isu semasa selagi ia tidak bertentangan dengan perlembagaan dan sensitiviti masyarakat,” katanya pada sidang media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berharap menerusi format baharu itu, anggota dewan belia dapat memanfaatkan kebebasan bersuara dalam merangka masyarakat yang lebih kondusif.

Menurutnya persidangan tersebut akan menjadi suara alternatif kepada kerajaan negeri dalam membentuk warisan belia yang lebih proaktif.

Lee berkata 20 usul dijangka dibentangkan oleh anggota dewan belia sepanjang persidangan tersebut. – BERNAMA

Tags: Dewan Beliapersidangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persidangan Aktivis LGBT Di Malaysia Oktober Ini

03/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Satu persidangan antarabangsa mengenai gender dan seksualiti bakal diadakan di ibu negara Oktober depan. Menurut laman web...

Adab Pemerintahan Tamadun Melayu-Islam Di UiTM

05/12/2018
0

SHAH ALAM - Kira-kira 300 ahli akademik, pelajar dan orang awam menghadiri Persidangan ‘Adab Pemerintahan Pesan Tamadun Melayu-Islam’ di Universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd