• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Johor Rasmi Wad Hematologi HSA

oleh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Wad Hematologi (wad pesakit kanser darah) Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Amran A.Rahman.

Menurut Dr Selahuddeen, cetusan idea bagi mewujudkan wad berkenaan yang datangnya daripada limpah perkenan Permaisuri Johor itu turut dapat kerjasama daripada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang membiayai kos bagi mengubah suai bangunan menjadi sebuah pusat rawatan yang kondusif.

Wad Hematologi yang wujud pada 2009 itu dirasmikan pada hari ini setelah menjalani pengubahsuaian sejak beberapa tahun lepas, selepas baginda berkenan melakukan lawatan pada 2016.

Dr Selahuddeen berkata peningkatan jumlah pesakit di wad berkenaan iaitu seramai 704 pesakit setakat tahun lepas itu juga mendorong Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor memberi sumbangan bagi menambah bilik Transplan yang turut dilengkapi dua unit alat penulen bagi mengurangkan jangkitan kuman.

Selain itu, bilik pesakit juga dicat semula dengan cat antikulat dan setiap bilik air dilengkapi pemanas air, kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian wad berkenaan.

“Sebuah bilik mesyuarat yang lengkap projektor dan skrin disediakan bagi kemudahan staf di wad ini,” katanya.

Dr Selahuddeen berkata turut ditambah baik adalah kaunter jururawat yang kemas dan kondusif serta bilik rawatan pesakit dan tempat menunggu yang selesa di Hematologi Daycare (Unit Rawatan Harian).

“Atas bantuan yang telah diberikan, kita mengharapkan rawatan pesakit kanser darah di sini dapat dilakukan dengan lebih selamat, efisien, selesa dan mesra pelanggan selaras dengan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Sehingga ini, terdapat dua Pakar Perunding Hematologi, dua pakar pelatih, dibantu ketua jururawat, 19 jururawat serta lapan pembantu perawatan di tempatkan di Wad Hematologi itu.

Antara kanser darah yang dirawati di wad berkenaan adalah Acute dan Chronic Meloid serta kanser Lymphoma. – BERNAMA

Tags: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perancang Keganasan Di Australia Dijel

Next Post

Syafiq Dipuji Sanggup Duet ‘Busker’ OKU

Related Posts

Permaisuri Johor Lancar Karya Terbaharu Zaini

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini berkenan melancarkan buku ‘Eco-Shift: Holistic Transformation Towards...

Video: Sultan Johor ‘Rempit’ Bersama Permaisuri

21/05/2018
0

GELAGAT Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 'merempit' bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencuit hati ramai...

Next Post

Syafiq Dipuji Sanggup Duet ‘Busker’ OKU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd