• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Harap Kerajaan Pusat Teruskan Projek CVIA

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Kerajaan Perlis berharap kerajaan persekutuan akan meneruskan projek pembangunan seperti Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) demi kepentingan pertumbuhan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Projek CVIA yang dirancang dibangunkan untuk industri berteknologi hijau dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 akan menjadi pemangkin ekonomi Perlis dalam tempoh 10 tahun di samping menawarkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan perlu diteruskan kerana sumber negeri terhad, katanya.

Azlan berkata CVIA bukan penghalang kemajuan pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah seperti diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.

“Projek di Bukit Kayu Hitam tidak menggugat CVIA sebaliknya akan saling menyokong. Tidak adil kepada Perlis jika CVIA tidak diteruskan,” katanya kepada Bernama bagi mengulas Belanjawan 2019.

Azlan ditemui pada program perjumpaan khas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Besar di sini hari ini.

Menteri Besar itu berkata beliau telah membangkitkan kepentingan untuk CVIA diteruskan semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Kerajaan Pakatan Harapan menangguhkan projek tersebut yang membabitkan kawasan seluas 1,214 hektar untuk mengkaji dan membuat perincian semula setelah memenangi PRU14 pada Mei lepas.

Mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam seperti yang diumumkan oleh Lim semalam, Azlan berkata kerajaan negeri tidak terikat dengan keputusan kerajaan pusat.

“Saya kena lihat kedudukan dan kemampuan kewangan negeri terlebih dahulu sebelum boleh menimbang untuk memberi bonus kepada lebih 1,000 penjawat awam negeri ini,” katanya.

Semalam, Lim mengumumkan bayaran khas RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah serta RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Marquez Kena Penalti 6 Tempat, Zarco Bermula Dari Petak Utama

Next Post

Harimau Malaya Jinakkan Maldives 3-0

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

Next Post

Harimau Malaya Jinakkan Maldives 3-0

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd