• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kahwin Bawah Umur Bukan Penyelesaian Masalah Sosial

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu alasan perkahwinan bawah umur sebagai jalan keluar daripada masalah sosial dan kemiskinan bukanlah penyelesaian dan persepsi tersebut harus diubah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan tidak akan berkompromi sama sekali dalam hal berkaitan kanak-kanak dan perlindungan hak golongan itu merupakan keutamaan.

“Selain tindakan pindaan undang-undang yang sedang diambil, kerajaan melaksanakan program pembasmian kemiskinan, meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga bagi memastikan kanak-kanak tidak tercicir (dari) alam persekolahan sehingga 17 tahun.

“Kementerian bertegas bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk mengembangkan potensi mereka sepenuhnya dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, kementerian akan meneruskan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan ke arah pencapaian matlamat perlindungan kanak-kanak,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin tahu usaha penambahbaikan bagi memperketatkan kebenaran kahwin bawah umur dan kesediaan kerajaan meminda akta berkaitan sedia ada bagi menghalang segala bentuk perkahwinan bawah umur pada masa hadapan dalam sesi soal jawab di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan turut bercadang membentangkan Rang Undang-Undang bagi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) dan Akta 164 selewat-lewatnya pada penggal kedua sidang Dewan Rakyat tahun hadapan.

“Bagi perkahwinan bawah umur orang bukan Islam pula, memorandum Jemaah Menteri mengenai cadangan pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2019.

“Pindaan ini antaranya akan mengandungi keperluan untuk mengemukakan laporan sosial, laporan kesihatan dan laporan daripada Polis Diraja Malaysia bagi permohonan perkahwinan bawah umur di bawah Akta 164 yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata terdapat beberapa negeri yang telah mengambil langkah proaktif dan kreatif dalam pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung isu ini.

“Sebagai contoh di negeri Kedah, selain perlu mengemukakan laporan sosial bagi pasangan yang ingin berkahwin di bawah umur mereka juga perlu menghadirkan diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas berkahwin untuk sesi kaunseling bagi tujuan pemantauan, sehingga mereka berumur 18 tahun.

“Selangor juga yang telah sekian lama mempunyai persefahaman bersama JKM negeri, memastikan bahawa Laporan Sosial yang dikemukakan bagi permohonan perkahwinan bawah umur perlu mengambil kira aspek latar belakang, pendidikan, sosioekonomi dan keadaan tempat tinggal kanak-kanak tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: kahwin bawah umurpenyelesaian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Pembangkang DUN Melaka Diarah Keluar Dewan

Next Post

Suami Rogol Isteri: Waspada Jarum Liberal

Related Posts

Isu Kekurangan Pekerja Industri Automotif Perlukan Penyelesaian Segera

03/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Industri pembuatan automotif Malaysia sedang menghadapi isu kekurangan pekerja yang meruncing dan situasi ini boleh menjejaskan ekosistem...

Next Post

Suami Rogol Isteri: Waspada Jarum Liberal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd