• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang Menghapuskan Nama Islam Di India

oleh Haris
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDIA di bawah Perdana Menteri Narendra Modi sedang melaksanakan satu kempen “membersihkan” India daripada kesan-kesan sejarah berkaitan Islam.

Sebanyak 100 buah bandar di India telah diubah namanya sejak merdeka, termasuk Bombay diubah kepada Mumbai, Calcutta kepada Kolkata, Madras kepada Chennai.

Nama yang ditulis secara salah oleh penjajah Inggeris telah dibetulkan menurut sebutan tempatan.

Identiti, maruah, nasionalisme bahasa dan faktor lain mendorong penukaran nama ini.

Modi melakukannya untuk mengambil hati penyokongnya daripada kalangan nasionalis Hindu.

Banyak bandar dan tempat kini mahu diubah nama kepada nama yang mesra kepada Hindu.

Ini bermula pada Julai lalu, apabila Mughalsarai, sebuah stesen kereta api era British di negeri Uttar Pradesh ditabdir BJP, diubah sempena nama ideolog Hindu, Deendayal Upadhyaya.

Bulan lalu, bandar Allahabad, juga di Uttar Pradesh diubah kepada Prayagraj, sebagai usaha mengembalikan imej bandar itu (yang terletak di pertemuan tiga sungai suci) dalam sejarah sebagai pusat ibadat Hindu.

Lebih penting, pemimpin BJP berasa resah memikirkan yang nama bandar berusia 435 tahun itu diberikan oleh seorang pemimpin Islam.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan tempatannya yang diketuai pelampau Hindu mengubah nama daerah Faizabad kepada Ayodhya, nama tempat lahir dewa Ram menurut kepercayaan Hindu.

Ayodhya ialah tempat berlaku keganasan pada 1992 apabila perusuh Hindu merobohkan sebuah masjid lama, yang akhirnya mengorbankan hampir 2,000 orang di seluruh negara.

Kini pemimpin BJP mahu memberikan yang lebih mesra Hindi kepada bandar Agra di Uttar Pradesh, lokasi terletaknya Taj Mahal. Nama Ahmadabad di Gujarat juga mahu diubah.

Awal tahun ini, negeri Rajasthan ditadbir BJP menukar nama tiga buah kampung yang “berbunyi Islam.”

Nama-nama baharu ini membangkitkan semula rasa apa yang disebut BJP sebagai zaman kegemilangan Hindu masa lampau, dan pada masa sama menghina warisan Islam.

Gaganpreet Singh, pensyarah di Universiti Delhi melihat politik mengubah nama ini berakar dari “nasionalisasi warisan.”

Kerajaan Modi sendiri pernah pada 2014 menukar nama sebatang jalan dinamakan sempena pemimpin Mughal Aurangzeb di tengah Delhi kepada APJ Abdul Kalam, saintis yang merintis program peluru berpandu India.

Dalam kes ini, nama Muslim yang tidak disukai diubah untuk mengingati Muslim yang menyumbang kepada negara India moden.

Rasa tercabar ini agak mengejutkan kerana lebih 7,000 daripada 677,000 kampung di India dinamakan sempena nama Ram dan Krishna, dua dewa terkenal.

Raja Mughal, Akbar, hanya diletakkan namanya pada 234 buah kampung.

Ramai melihat usaha India ini untuk terus meminggirkan penduduk Islamnya, dan menafikan sejarah Islam di India.

Pilihan raya umum lima bulan lagi menjadi faktor dalam penukaran nama ini.

BJP mahu menarik pengundi Hindu dengan mempamerkan pendirian ini.

Satu kenyataan kementerian dalam negeri mengatakan ada menerima 27 cadangan mengubah nama kampung, bandar dan stesen kereta api, kebanyakannya dari negeri diperintah BJP, Rajasthan and Haryana. – BBC

Tags: IndiaNasionalis Hindu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd