• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Perubatan Disaran Tingkat Mahir Komunikasi

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Penuntut perubatan di negara ini disaran meningkatkan kemahiran berkomunikasi sebagai persediaan mereka melangkah ke alam kerjaya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata, langkah itu perlu supaya tidak timbul sebarang komplikasi salah faham ketika berkomunikasi dengan pesakit.

“Kita mahu penuntut perubatan belajar bagaimana mengamalkan cara komunikasi yang berkesan dengan pesakit…bagi saya komunikasi yang berkesan ialah bagaimana doktor atau pegawai perubatan mendengar apa yang pesakit mahukan sekaligus dari situ dapat menyelesaikan masalah pesakit.

“Kalau nak belajar mengenai perubatan kita boleh belajar daripada pelbagai sumber termasuk dari buku tetapi cara untuk berkomunikasi dengan betul kadang-kala agak sukar dan perkara ini penting untuk menunjukkan bagaimana kita menjaga dan melayan seseorang pesakit itu,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Hypnodontic Clinic’ di Fakulti Perubatan Pergigian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Beliau berkata penyaluran maklumat kepada pesakit berkaitan penyakit yang dihadapi mereka terutamanya membabitkan penyakit serius turut memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

Menurut Azman, ia membolehkan pesakit dapat memahami dan tidak tersinggung dengan maklumat yang ingin disampaikan doktor atau pegawai perubatan berkenaan.

“Kita mahu pesakit tidak tersinggung dengan maklumat yang ingin disampaikan…apa pun biarlah penggunaan ayat itu lebih mudah difahami,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai ‘Hypnodontic Clinic’, beliau berkata klinik tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di rantau Asia yang diwujudkan sebagai satu usaha menangani perasaan takut orang ramai terhadap rawatan pergigian.

Dr Azman berkata menerusi kewujudan klinik itu, setiap pesakit akan diberi kaunseling terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan proses rawatan.

“Ada pesakit yang takut dengan rawatan pergigian, sebab itu wujudnya klinik ini yang mana doktor terlatih akan bantu pesakit seperti ini bagi mengurangkan rasa takut mahupun perasaan fobia (terhadap rawatan gigi) supaya mereka dapat melakukan rawatan pergigian dengan sempurna,” katanya. – BERNAMA

Tags: komunikasiPenuntut Perubatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Baik Berkaitan Telekomunikasi Menjelang Krismas Untuk B40, M40

Berita Baik Berkaitan Telekomunikasi Menjelang Krismas Untuk B40, M40

16/12/2022
1

PUTRAJAYA : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bakal mengumumkan berita baik berkaitan telekomunikasi untuk membantu mengurangkan impak kos sara hidup...

KDN Tidak Keluarkan Peraturan Komunikasi Baharu

14/04/2017
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd