• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penting Untuk Malaysia Memperkukuhkan Daya Tahannya

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Adalah penting untuk Malaysia terus memperkukuhkan daya tahannya daripada sebarang ketidaktentuan ekonomi global, juga sebarang perkembangan politik yang mungkin memberi kesan kepada pertumbuhannya.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata negara perlu membina kekuatan serta daya tahannya dan ini memerlukan pengukuhan penampan institusi dan juga keupayaan dalaman.

“Sewaktu di BNM… saya di sana selama 35 tahun… saya sering memberitahu kepada petugas untuk menerima perkembangan politik seperti apa yang ada. Kenapa kita perlu menerimanya seperti itu? (Kerana) kita tidak mempunyai kawalan terhadapnya.

“Sudah tentu juga, perkembangan luaran perlu diterima seperti apa yang ada kerana ia bukan dalam jangkauan kita untuk mempengaruhinya dan justeru, apa yang paling penting untuk dilakukan adalah memperkuatkan daya tahan kita.

“Sebagaimana kesihatan, jika ia lemah, kita akan terdedah kepada penyakit,” katanya pada temubual media baru-baru ini.

Zeti yang meninggalkan BNM pada April 2016 selepas menerajui bank pusat berkenaan selama 16 tahun berkata demikian ketika ditanya sama ada perkembangan senario politik tempatan akan memberi kesan kepada sentimen pelabur.

Dilaporkan bahawa, dana asing memberikan reaksi kepada keputusan yang belum pernah berlaku sebelum ini berhubung Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menjual RM2.48 bilion ekuiti tempatan selepas pilihan raya pada 9 Mei.

Menurut MIDF dalam nota penyelidikan berkenaan aliran dana pada 21 Mei, ini adalah jualan mingguan terbesar di Malaysia sejak minggu yang berakhir 23 Ogos 2013, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM2.90 bilion sementara hari pertama dagangan selepas PRU14 menyaksikan aliran keluar bersih sebanyak RM682.6 juta.

Ditanya sama ada negara mampu untuk bertahan sewaktu tempoh transisi ini dan melawan ketidaktentuan ekonomi global, Zeti tanpa ragu-ragu berkata bahawa, Malaysia mampu menguruskannya memandangkan negara sudah berulang kali memperlihatkan daya tahannya.

“Ya, kita dapat mengaturnya semula kerana sering mempunyai keupayaan untuk melantun semula.

“Kenapa ini berlaku? Ia kerana, kita mempunyai elemen daya tahan dalam ekonomi kita dan sistem kewangan kita,” jelasnya.

Zeti turut mempertahankan dasar tertentu seperti pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 September, menjelaskan bahawa pelaksanaan rejim cukai baharu itu untuk mengurangkan beban dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat.

“Apabila kita merangka apa-apa dasar, kita perlu jelas berkaitan matlamat mengenai apa yang ingin dicapai.

“Jika matlamatnya hanya untuk menggerakkan pendapatan, sudah tentu Cukai Barang dan Perkhidmatan akan menggerakkan jumlah pendapatan yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, kadangkala, kita juga perlu mengambil pertimbangan dan matlamat lain. Matlamat yang penting ialah kesejahteraan ekonomi,” katanya.

Zeti juga menjelaskan, kadangkala negara perlu bertolak ansur dengan defisit yang tinggi sedikit jika wujud keperluan untuk memastikan ekonomi berkembang.

“Apa yang saya katakan ialah, selain memahami yang kita perlu bertolak ansur untuk tempoh yang pendek mengenai kemungkinan defisit yang lebih besar, kita juga perlu menunjukkan apa yang dilakukan untuk mengembalikan kemampanan fiskal. Itu perlu ditunjukkan,” katanya.

Mengenai peningkatan ketaksamaan pendapatan di Malaysia, Zeti yang juga sebahagian daripada barisan Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada lima anggota, berkata langkah utama untuk menangani keadaan itu adalah melalui pendidikan.

Beliau berkata, sistem pendidikan memerlukan pembaharuan secara berterusan untuk menyesuaikan dengan persekitaran yang amat dinamik disebabkan globalisasi.

“Kita ada pendigitalan dan Revolusi Perindustrian Keempat.

“Semua ini sedang berlaku dan sudah tentu, kita tidak boleh kekal dengan jenis pendidikan yang kita ada sebelum ini. Ia menghasilkan mereka yang hidup dalam persekitaran sebelum ini.

“Persekitaran baharu adalah berbeza (dan) jika kita tidak seiring dengannya, kita tidak akan menghasilkan tenaga kerja dan graduan yang diperlukan oleh industri, tenaga kerja dan kemahiran untuk bersaing di peringkat global,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cheng Hoe Senarai 23 Pemain Ke Piala AFF Suzuki

Next Post

Kerajaan Baharu Perlu Belajar Daripada Kesilapan Pentadbiran Terdahulu

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

Next Post

Kerajaan Baharu Perlu Belajar Daripada Kesilapan Pentadbiran Terdahulu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd