• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencipta Watak Adiwira Marvel Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Stan Lee, pencipta barisan adiwira untuk siri komik Marvel meninggal dunia pada usia 95 tahun, kata anak perempuannya semalam.

Selain Spider Man, mendiang turut terbabit mencipta Iron Man, Hulk, Black Panther dan sering membuat penampilan khas dalam siri filem pecah panggung yang diadaptasi dari komik berkenaan.

Sebagai seorang penulis serta editor, Lee adalah tunjang kemasyhuran komik Marvel pada tahun 1960-an menerusi kerjasama dengan pelukis berbakat seperti Jack Kirby dan Steve Ditko, apabila mencipta barisan adiwira yang menarik minat pembaca muda.

“Beliau merasakan adalah satu kewajipan kepada peminat untuk terus berkarya. Mendiang mencintai hidupnya dan pekerjaan yang dilakukan. Beliau disayangi keluarga serta peminat. Kehilangannya tidak mungkin berganti,” kata anak perempuannya, J.C. Lee dalam satu kenyataan.

Lee tidak mendedahkan punca kematian bapanya namun laman web selebriti, TMZ berkata, beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Cedars-Sinai selepas dikejarkan ke sana dengan ambulans dari kediamannya di Hollywood Hills awal pagi semalam.

“Stan Lee adalah manusia luar biasa seperti watak yang diciptanya,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Walt Disney Co, Bob Iger dalam satu kenyataan.

“Skala imaginasi yang dimilikinya tidak terbatas,” katanya.

Disney membeli saham Marvel Entertainment pada 2009 dengan nilai AS$4 bilion (RM16.74 bilion) menerusi perjanjian untuk memperluaskan karakter milik Disney dan sebahagian besarnya adalah hasil karya mendiang.

Lee terkenal dengan penampilan khas dalam kebanyakan filem Marvel, antaranya menarik keluar seorang gadis dari runtuhan dalam filem ‘Spider Man’ tahun 2002 dan pengacara majlis di sebuah kelab tarian bogel untuk filem ‘Deadpool’ pada tahun 2016.

Menerusi filem pecah panggung ‘Black Panther’, iaitu watak adiwira berkulit hitam, Lee beraksi sebagai pemilik kasino. – Reuters/BH ONLINE

Tags: marvelmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Lion Air: Indonesia Perketat Syarat Juruterbang

Next Post

Selebriti Hilang Rumah, Lebih 200 Masih Hilang

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

Next Post

Selebriti Hilang Rumah, Lebih 200 Masih Hilang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd