• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencinta Aktiviti Lasak Poland Dipelawa Ke Perlis

oleh
20/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KRAKOW (Poland) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak pencinta kegiatan lasak di Poland supaya memilih negeri itu sebagai lokasi aktiviti mereka.

Menurut baginda, Perlis adalah negeri yang indah dengan landskap alam berbukit yang sesuai bagi kegiatan ‘rock climbing’ atau memanjat batu.

Bertitah selepas merasmikan Promosi Masakan Perlis di sini malam tadi, baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memaklumkan bahawa banyak lokasi di Perlis yang memikat pencinta sukan lasak dari dalam dan luar negara.

Antara lokasi popular yang unik dan semula jadi ialah Gua Kelam, Wang Gunung, Bukit Pelarit, Gua Wang Burma, Bukit Chabang dan Bukit Keteri.

Mengenai Promosi Masakan Perlis anjuran UniMAP yang diadakan di restoran Ganesh Indian Kitchen yang terletak di Tomasza Street 18, di sini baginda menegaskan keenakan makanan antara yang boleh menggamit pelancong ke negeri bersempadan dengan negara Thailand itu.

Promosi itu diadakan sebagai kegiatan sampingan sempena program Jelajah Ilmu UniMAP siri ke-14 selama empat hari di Poland bermula Isnin.

Antara makanan yang dipromosikan ialah nasi goreng Perlis dan kari ayam.

Baginda turut menyerahkan sijil promosi masakan itu kepada Pengurus restoran, Tomasz Micherda sebagai penghargaan selain menyerahkan brosur berkaitan pelancongan Perlis.

Berangkat sama ialah anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail manakala turut hadir ialah Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Pengurus Besar BMC Travel Sdn Bhd, Philip Fang. – BERNAMA

Tags: Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Harus Kritis Fikiran Berkelas Dunia

13/05/2018
0

KANGAR - Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi menjayakan transformasi pendidikan negara, titah Raja Muda...

MAIPs Pemegang Amanah Tunggal Harta Pusaka

26/04/2018
0

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) adalah pemegang amanah tunggal untuk harta wakaf, nazar dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd