• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Udara Makin Buruk, New Delhi Haram Bakar Terbuka

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Kerajaan India mengharamkan pembakaran sisa buangan terbuka di New Delhi dan kawasan sekitarnya bagi menangani krisis pencemaran udara.

Dengan kualiti udara pada tahap berbahaya dan dianggap tidak selamat untuk kesihatan manusia, ibu negara India itu terus bergelut dengan ancaman pencemaran alam yang semakin meningkat.

Menteri Alam Sekitar Persekutuan, Harsh Vardhan memerintahkan pihak berkuasa di New Delhi dan bandar satelitnya Faridabad, Gurugram, Ghaziabad dan Noida, memerangi masalah itu.

Pencemaran industri, asap pengangkutan, habuk dari tapak pembinaan dan pembakaran tanah ragut oleh petani negara jiran adalah penyumbang besar kepada persekitaran yang tercemar.

Pada musim sejuk menyaksikan peningkatan kes penyakit paru-paru dan masalah jantung di bandar yang didiami 20 juta orang itu.

Vardhan berkata walaupun insiden pembakaran di ladang tanaman menurun 30 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya, langkah keseluruhan yang diambil kerajaan negeri New Delhi, Punjab, Haryana, Uttar Pradesh dan Rajasthan bagi mengawal masalah itu masih tidak memuaskan.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan kerajaan negeri terbabit memastikan pembakaran terbuka sisa buangan domestik dan perindustrian, 100 peratus dapat dikekang.

“Mereka yang melakukan kesalahan berulang akan dikenakan tindakan di peraturan jenayah,” kata menteri itu.- BERNAMA

Tags: pembakaran terbukapencemaran udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Dihukum Lima Tahun Penjara Selepas Bunuh Isteri Pesakit Kanser

Kota Bharu, Bachok Paling Tinggi Kes Pembakaran Terbuka Di Kelantan

04/11/2023
6

KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menerima peningkatan laporan melibatkan pembakaran terbuka dalam tempoh 10 bulan tahun ini...

Puluhan Penduduk Sesak Nafas, Loya

15/09/2021
0

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar berikutan puluhan penduduk mendapat simptom sesak nafas,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd