• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Hukuman Mati Mandatori Perlu Diteliti – TPM

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dari segenap aspek kerana ia merupakan isu yang kompleks, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam satu pertemuan susulan kes pembunuhan kejam bayi Zara yang menggemparkan negara Jumaat lalu.

Katanya menurut Liew, kes jenayah yang melibatkan pengaruh dadah meningkat sungguhpun negara melaksanakan hukuman mati mandatori dan hukuman itu dilihat tidak dapat menghentikan kejadian jenayah termasuk jenayah kejam.

“Kita perlu melihat perkara itu secara mendalam sebab ini melibatkan hukuman gantung sampai mati. Ia jenayah yang hina … tetapi apakah punca kejadian. Jika ia berkaitan dadah, bagaimana anda mahu tangani isu dadah, (jadi) anda perlu mengambil (perkara ini) secara menyeluruh bukan sekadar berkenaan (hukuman) mati mandatori.

“Hukuman mati mandatori untuk kesalahan penggunaan dadah ini tidak menjadi pencegah kerana di penjara banyak kes jenayah melibatkan pengaruh dadah termasuk kes kematian bayi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata kabinet masih belum membuat keputusan berhubung pemansuhan hukuman berkenaan.

Semalam, Liew berkata hukuman mati mandatori bagi pelaku jenayah bunuh dengan sengaja adalah antara 32 kesalahan yang akan dipertimbang untuk dimansuhkan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismailhukuman mati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina Dihukum Mati

17/11/2025
0

DHAKA: Mahkamah di Dhaka, hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan, Sheikh Hasina, atas tuduhan...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd