• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Pembangunan 15 Tahun Dalam Bajet Kedah

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pelan pembangunan baharu untuk tempoh 15 tahun dari 2020 hingga 2035 antara yang akan diberikan perhatian dalam Bajet Kedah 2019 yang dijadualkan dibentangkan pada 11 Nov ini.

Tanpa penjelasan terperinci, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelan pembangunan itu untuk memastikan semua perancangan negeri ini daripada segi kewangan dan ekonomi selaras dengan baik.

“Saya ingat secara umum walaupun ia bajet satu tahun saja tetapi seperti mana saya cakap dalam ucapan saya (ucapan perasmian) RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11) akan berakhir dalam tempoh dua tahun lagi. Sudah tiba masa kita tengok satu pelan pembangunan yang 25 atau 30 tahun, tetapi buat masa ini kita tengok 15 tahun dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Pasca Bajet 2019 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Mukhriz berkata untuk itu perlu perbincangan bersama pihak Kerajaan Pusat bagi memastikan setiap perancangan jangka masa pertengahan Kerajaan Negeri boleh dibantu Kerajaan Pusat dengan peruntukan mencukupi.

“Biasanya prasarana datang daripada bajet Kerajaan Pusat, kerana ia makan belanja begitu besar…(jadi) sangat penting perbincangan dengan Kerajaan Pusat diteruskan melalui beberapa forum antaranya secara langsung antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga NCIA (Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara),” katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata pendekatan dan polisi lama negara ini dilihat sudah tidak relevan dalam suasana serta persekitaran baharu pada masa ini antaranya seperti pemberian geran mengikut jumlah penduduk.

“Jadi bayangkan negeri yang (penduduk) sedikit dan berpendapatan rendah seperti Kedah, sudah tentu ramai penduduk kita berhijrah ke negeri yang tawar banyak peluang pekerjaan dengan gaji lebih lumayan seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.

“Negeri yang lebih kaya akhirnya menyaksikan pertambahan penduduk…Kerajaan Pusat bagi duit lagi berdasarkan jumlah penduduk meningkat. Ini seolah-olah menghukum kita yang eksport tenaga kerja, jadi benda macam ini Kerajaan Pusat kena pertimbang semula. Mungkin elok tengok nombor IC (kad pengenalan),” katanya. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 30 Maut, Banjir Di Itali

Next Post

Dadah: Wanita Ukraine Dipenjara Seumur Hidup

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

Next Post

Dadah: Wanita Ukraine Dipenjara Seumur Hidup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd