• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelampau Hindu Tuntut Bina Kuil Di Tapak Runtuhan Masjid

oleh Haris
25/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERPULUH ribu sami dan aktivis pelampau Hindu mula berkumpul di
bandar Ayodhya sejak Ahad untuk menuntut pembinaan sebuah kuil di tapak masjid Babri yang diruntuhkan pelampau Hindu.

Lebih daripada 200,000 orang dijangka berhimpun sekitar lokasi perusuh Hindu pada tahun 1992 meruntuhkan masjid itu yang dibina pemerintah Islam pada kurun ke-16.

Seramai 200,000 nasionalis Hindu dijangka berhimpun di Ayodhya.

Keganasan yang tercetus menyebabkan kematian lebih kurang 2,000 orang, dalam kes yang terburuk di India sejak pemisahan pada 1947.

Lebih daripada 900 polis dan ribuan anggota paramilitari, termasuk komando elit telah diletakkan di seluruh Ayodhya, kata Vivek Tripathi, jurucakap polis negeri Uttar Pradesh. “Kami memantau seluruh bandar melalui CCTV dan kamera dron.”

Masjid Babri yang diruntuhkan oleh pelampau Hindu yang merusuh pada 1992.

Menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun depan, parti Perdana Menteri Narendra Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) dan banyak kumpulan Hindu rakan BJP mula meningkatkan tuntutan mereka membina sebuah kuil di lokasi dipertikaikan yang didakwa tempat lahir dewa Ram.

Kumpulan Hindu mendakwa sebelum pemerintah Muslim membina masjid di sana pada 1528, ada sebuah kuil dibina di tapak sama.

Hiasan yang sudah dibuat untuk kuil yang mahu dibina.

“Masjid itu ialah satu penghinaan kepada Hindu dan amat memalukan kerana kita gagal membina kuil di salah satu tapak paling suci bagi agama Hindu,” kata Sharad Sharma, jurucakap Majlis Hindu Dunia (VHP) yang mempunyai hubungan rapat dengan BJP.

Katanya lagi, orang Hindu semakin kurang sabar sudah tiba masanya sebuah kuil besar dibina bagi dewa Ram.

Kumpulan ratusan ribu yang berkumpul itu akan menuntut kerajaan menggubal undang-undang bagi membolehkan pembinaan sebuah kuil, kata Bablu Khan, seorang wakil BJP di Ayodhya.

Kedua-dua pihak Hindu dan Muslim telah menghantar petisyen menuntut Mahkamah Agung India menyelesaikan masalah ini. Mahkamah itu meminta lebih masa untuk menyelesaikan pertikaian ini.

Kata Sharma, penangguhan itu menyebabkan majoriti Hindu di India kecewa dan tidak mahu terus menunggu.

Kedua-dua BJP dan VHP dan perubuhan induk mereka, kumpulan pelampau Rashtriya Swayamsevak Sangh, telah menuntut kerajaan mengeluarkan arahan eksekutif membina kuil dan mengabaikan Mahkamah Agung.

Kawasan yang dipertikai itu kini dipagar dan diletakkan bawah kawalan mahkamah.

Perhimpunan di Ayodhya pada Ahad akan disusuli dengan perhimpunan lebih besar di New Delhi, kata Sharma.

Sentimen Hindu ini turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang Islam di Ayodhya dan kawasan sekitarnya. – Reuters

Tags: AyodhyaMasjid BabriPelampau Hindu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd