• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasaran getah ditutup kebanyakannya tinggi hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan serantau yang kukuh, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran dalam negara mengambil petunjuk daripada pemulihan pasaran saham dunia setelah China dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan keyakinan dalam menyelesaikan perang dagangan antara kedua-dua negara itu.

“Pelabur pasaran akan memantau perkembangan di AS dan China bagi mendapatkan hala tuju yang akan mempengaruhi harga komoditi global.

“Bagaimanapun, kekurangan bahan mentah susulan hujan, penawaran getah asli global mengalami defisit dan stok berkurangan di gudang Qingdao boleh memberikan sokongan kepada pasaran,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, niaga hadapan getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) diniagakan tinggi sedikit, disokong oleh kegiatan membeli semasa harga murah selepas penurunan baru-baru ini dan peningkatan dalam komoditi kecuali minyak.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 0.5 sen kepada 518.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah 2.5 sen kepada 392.5 sen sekilogram.

Semasa ditutup pada pukul 5 petang, gred tayar SMR 20 menokok 4.5 kepada 518.5 sen, manakala susu getah pukal naik empat sen kepada 394.5 sen sekilogram. – BERNAMA

Tags: pasaran getahPelabur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Disaran Semak Semula Skim Pencen

Next Post

RM314.5 Bilion Peruntukan Untuk Belanjawan 2019

Related Posts

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

30/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan...

Kalau Semua Bantai Kerajaan, Pelabur Tak Berani Masuk? – Najib

20/04/2021
0

DARI FB NAJIB RAZAK KALAU semua dok bantai kerajaan, pelabur tak berani masuk? Ko ingat masa saya PM, pembangkang tak...

Next Post

RM314.5 Bilion Peruntukan Untuk Belanjawan 2019

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd