• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Digesa Manfaatkan ‘My Online Pasport’

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Orang ramai digalak memanfaatkan perkhidmatan dalam talian ‘My Online Pasport’ Jabatan Imigresen Malaysia bagi memperbaharui pasport mereka.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata perkhidmatan itu yang disediakan menerusi laman web rasmi jabatan sejak dua tahun lepas, dilihat kurang diberi perhatian oleh orang ramai apabila hanya 9,178 permohonan pembaharuan pasport diterima setakat ini.

“My Online Pasport amat memudahkan rakyat kerana mereka tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk memperbaharui pasport malah mereka boleh memilih cawangan pejabat imigresen untuk mengambil pasport yang telah selesai proses pembaharuan dan pembayaran secara debit atau kad kredit.

“Sebagai contoh, jika pemohon yang berada di Kuala Lumpur tetapi mahu mengambil pasport di kaunter imigresen di Johor, mereka boleh berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall, di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafar memberitahu sebanyak 40,590 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan jabatan tersebut dalam 12,569 operasi yang dijalankan di seluruh negara bermula 1 Januari lepas hingga semalam.

“Di Selangor sahaja, 4,386 PATI ditahan hasil pemeriksaan terhadap 14,043 warga asing melibatkan 722 operasi. Operasi membanteras kemasukan PATI ini kita terus lakukan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata dalam siri operasi sepanjang 10 bulan pertama tahun ini juga, sebanyak 164,471 warga asing diperiksa selain 1,163 majikan ditahan kerana melanggar undang-undang iaitu menggaji PATI. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliPasport Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Netizen Kutuk Maszlee ‘Jahil’ RMT Wujud Sejak 1979

Next Post

Mat Redho Dicalon Anugerah Perdana Belia Negara

Related Posts

Ahli Perniagaan China Bayar RM400,000 Untuk MyKad, Pasport

31/10/2019
0

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia membayar sebanyak RM400,000 untuk memiliki...

Isa Samad Gagal Dapatkan Pasport Tunai Umrah

31/01/2019
0

BEKAS Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad gagal dalam permohonan bagi mendapatkan semula pasportnya untuk menunaikan umrah, semasa pendengaran permohonan...

Next Post

Mat Redho Dicalon Anugerah Perdana Belia Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd