• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Umpamakan Pornografi Umpama Dadah Baharu

oleh Cj Mnh
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Sebuah badan bukan kerajaan, Pencerdasan Umat Islam Malaysia (Wadah) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap ketagihan pornografi dalam kalangan rakyat di negara ini yang disifatkannya seumpama dadah baharu.

Timbalan Pengerusinya Faridah Abu Bakar Titingan berkata ketagihan pornografi berleluasa disebabkan antaranya capaian Internet yang luas termasuk menerusi telefon bimbit, memudahkan rakyat mengakses bahan lucah dalam bentuk visual dan audio di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.

“Ketagihan pornografi ini satu bentuk penyakit mental, sebab itu dia (individu) hilang rasa malu, hilang rasa kemanusiaan sehinggakan sanggup merogol, membunuh dan melakukan serangan seksual ke atas keluarga sendiri.

“Dia (ketagih) tidak siuman lagi .. ini disebabkan rangsangan hormon dopamine kerana kekerapan menonton bahan-bahan lucah,” katanya kepada Bernama di sini.

Sebelum ini Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Sabah Suzana Piny semasa membentangkan kertas kerja bersempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 di sini, berkata 12 peratus daripada laman web yang ada adalah laman lucah manakala 25 peratus daripada enjin pencarian merupakan berkaitan perkara lucah.

“Sebanyak 35 peratus daripada muat turun adalah imej seksual,” katanya.

Mengulas lanjut, Faridah berkata tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penularan ponografi masih rendah.

“Ia bermula daripada keputusan di hujung jari, mereka seronok melihat (bahan lucah), sekali seronok mereka ingin mencari keseronokan yang lebih hebat… seolah-olah mengambil dadah yang lebih kuat lagi, dan mereka akan mencari sasaran untuk memuaskan nafsu secara nyata,” katanya.

Menurutnya dalam usaha menangani masalah ketagihan pornografi, Wadah akan memperhebat kempen seperti ‘Sekeluarga Tola Pornografi’ (Stop) dengan tumpuan diberi pada komuniti peringkat akar umbi.

Sejak 2017 hingga sekarang kira-kira 10 pelancaran Stop telah diadakan di Sabah, katanya. – BERNAMA

Tags: pornografiWadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wong Shu Qi Dakwa Cina Suka Pornografi Satu Penghinaan

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi yang mendakwa orang Cina lebih faham jika menggunakan contoh...

Sekat Penularan Video Lucah Dikaitkan Dengan Menteri

27/06/2019
0

SHAH ALAM – Pihak berwajib digesa menyekat penularan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet dan memberi amaran keras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd