• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sindir Skim FundMyHome Bantu Pemaju

oleh
08/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANEH… Seluruh Malaysia saksi bagaimana hebat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mampu lancar skim FundMyHome pada Sabtu lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Peliknya, ia dilancarkan secara rasmi kebetulan selepas sehari Menteri Kewangan, Lim Guan Eng umum mengenai program khas tersebut ketika bentang Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat sehingga cetus banyak persoalan cepumas.

Apa tidaknya, bajet berkenaan untuk pelaksanaan tahun depan tetapi skim itu berjaya dilancarkan tidak sampai 24 jam diumumkan Setiausaha Agung DAP dan pemajunya, Edge Media Group pula diketahui rapat dengan Mahathir.

Justeru, perkara aneh itu dibangkitkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melontarkan lima persoalan ‘panas’ kepada Guan Eng mengenai ‘kehebatan’ FundMyHome dapat direalisasikan sehari selepas pembentangan Belanjawan 2019.

Dalam hantaran terbaharu menerusi akaun sosial Facebook, bekas perdana menteri dan menteri kewangan tersebut mempersoalkan sama ada skim berkenaan ingin bantu rakyat miskin memiliki rumah atau pihak pemaju kroni PH.

Najib dedah, ia berikutan promosi skim FundMyHome menyatakan pembeli hanya bayar 20 peratus harga rumah kemudian tidak perlu bayar apa-apa untuk tempoh lima tahun akan datang seolah-olah sudah dapat rumah itu.

Manakala baki 80 peratus dibayar peminjam dana atau pelabur atau institusi kewangan. Kata Najib, mengikut laporan, ‘deposit’ atau bayaran pendahuluan 20 peratus dibayar peminjam akan diletak dalam satu akaun amanah.

Ia kononnya akan digunakan pula untuk bayar sebagai pulangan pelaburan sebanyak lima peratus pada setiap tahun kepada pihak peminjam dana, pelabur tertentu dan institusi kewangan selama lima tahun berkenaan.

“Saya rasa Menteri Kewangan perlu tanya diri. Jika pembeli rumah mampu bayar 20 peratus ‘deposit’, mengapa pembeli rumah tersebut tidak dapat membeli rumah selama ini dan tidak mendapat pinjaman daripada bank?

“Mengapa pelabur/peminjam dana masih berkongsi keuntungan dengan pembeli rumah jika pembeli berhasrat jual selepas lima tahun? Sedangkan sepanjang lima tahun, pelabur/peminjam dana telah terima pulangan pelaburan.

“Mereka ini sudah pun dapat habuan lima peratus setiap tahun selama lima tahun daripada “deposit” 20 peratus yang telah dibayar oleh pembeli rumah berkenaan,” kata Najib dalam nada sindiran terhadap Guan Eng.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa melalui program FundMyHome, jika nilai rumah tersebut didapati meningkat dalam masa lima tahun ini, peningkatannya akan dikongsi dengan peminjam dana sebanyak 80 peratus.

Jika nilai rumah turun dalam masa lima tahun, ia ditanggung oleh pembeli rumah dan selepas lima tahun, pembeli boleh buat keputusan untuk jual rumah tersebut dengan keuntungan dikongsi dengan peminjam dana 80 peratus.

Bagaimanapun selepas lima tahun jika pembeli berkenaan putuskan untuk tidak ingin jual, pelabur boleh memiliki rumah tersebut sepenuhnya dengan cara membuat pinjaman perumahan mengikut nilai pasaran hartanah semasa.

“Perlu diingatkan juga bahawa banyak projek perumahan hari ini yang disertakan dengan pelbagai diskaun. Apa yang akan terjadi kepada semua ini dengan skim FundMyHome seperti ini? Lesap?

“Selepas lima tahun, pembeli tetap kena pergi ke bank dan buat pinjaman perumahan… dan pada harga pasaran ketika itu! Jika masa itu pembeli masih tidak mampu memiliki rumah dan buat bayaran ansuran setiap bulan, apa akan terjadi kepada mereka?

“Dihalau keluar dari rumah? Apa akan jadi selepas tamat tempoh lima tahun dan harga hartanah kebetulan pula tidak meningkat seperti yang diharapkan? Ditanggung oleh pembeli pula?” tanya Najib dalam nada sinis.

Untuk rekod, PH ketika lancar manifesto kempen pilihan raya umum sebelum ini pernah berjanji kononnya akan mahu membina satu juta unit rumah mampu milik dalam masa dua penggal pentadbiran iaitu 10 tahun.

Manifesto itu juga menyebut, PH konon lebih mengutamakan projek rumah mampu milik berbanding projek rumah biasa yang harganya didakwa sebagai terlalu mahal untuk golongan muda baru bekerja selepas tamat pengajian.

Justeru, FundMyHome dicanang Guan Eng menerusi Belanjawan 2019 sebagai platform usahasama pemaju yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah pertama mereka. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Belanjawan 2019FundMyHome
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14,400 Anggota Bomba Nikmati Elaun Khas RM200

11/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,400 anggota bomba akan menikmati Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan. “Ia sebagai penghargaan...

Belanjawan 2019 Disemak Jika Harga Minyak Bawah AS$50 Setong

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada AS$50 setong, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd