• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kesal Bajet Tiada Dana Bantu Nelayan, Petani

oleh
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECEWA… Datuk Seri Najib Tun Razak luah rasa kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2019 semalam langsung tidak sebut peruntukan untuk bantu pesawah, petani, peladang dan nelayan.

Kata bekas perdana menteri dan menteri kewangan tersebut, perkataan Felda hanya disebut sekali dan itu pun cuma untuk peruntukan RM295 juta bagi menaik taraf jalan, projek sistem bekalan air serta pemasangan lampu jalan.

Menurut beliau, bagi sektor pertanian secara keseluruhan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya kata peruntukan berjumlah RM47 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produktiviti benih, bijirin serta buah-buahan.

Manakala peruntukan lain pula Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya sebut RM18 juta untuk usaha automasi industri agromakanan serta dana RM52 juta bagi pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani.

“Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 dibentang kerajaan Barisan Nasional (BN) tahun lalu, di mana kita ada beri RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah.

“Juga termasuk peruntukan sebanyak RM2.3 bilion diberikan bagi bantuan selain insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada golongan pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan,” jelas Najib ketika buat perbandingan.

Menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook miliknya hari ini, beliau berkata, kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan ini termasuk bantuan sara hidup.

“Ataupun, semua bantuan terdahulu ini sudah dihapus? Rakyat Malaysia bukan terdiri daripada orang bandar sahaja,” sindir Najib dengan rujuk banyak keutamaan diberi kepada penduduk bandar berpendapatan tinggi.

Semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut sedih tiada peruntukan khusus untuk petani, nelayan dan pekebun kecil terutama ketika harga komoditi alami kejatuhan teruk. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: BajetBelanjawan 2019
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu Pun Tak Dapat’ – Veteran ATM

Bajet: ‘Janji Macam-Macam, Satu Pun Tak Dapat’ – Veteran ATM

09/10/2022
0

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mior Rosli Mior Mohd Jaafar melihat Belanjawan 2023 seakan tidak memihak golongan pesara...

Tokoh PH Jangka Parlimen Bubar Sebelum Bajet Jumaat Ini

Tokoh PH Jangka Parlimen Bubar Sebelum Bajet Jumaat Ini

04/10/2022
0

Tokoh-tokoh Pakatan Harapan (PH) menjangkakan pilihan raya akan dibubarkan minggu ini, sebelum kerajaan membentangkan belanjawan 2023. Ikuti Mynewshub: Telegram Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd