• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Jawab Fitnah Maszlee Malik

oleh Haris
19/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN Pakatan Harapan meneruskan budaya fitnah dan tuduhan liar yang menjadi senjata utamanya selama menjadi pembangkang, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib yang menjawab tuduhan palsu Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, walaupun mereka sudah menjadi parti pemerintah yang mempunyai akses kepada rekod rasmi negara, mereka terus menaburkan fitnah kepadanya dan kerajaan Barisan Nasional dahulu.

“Kebelakangan ini, Menteri Pendidikan mendakwa dana sebanyak RM36 juta untuk menolong 22 sekolah-sekolah Tamil untuk tahun ini telah hilang di bawah BN,” kata Najib dalam hantaran terkininya di Facebook.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, kedudukan sebenar isu itu telah diketahui, iaitu dana tersebut telah diluluskan beliau sendiri, tetapi tidak sampai ke sekolah kerana kerajaan PH sendiri yang tidak meluluskan dana itu.

“Di bawah pentadbirkan saya dari tahun 2009 hingga 2018, hampir RM900 juta ringgit peruntukkan untuk kesemua 524 telah disalurkan terus kepada akaun sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah untuk membaikpulih kemudahan di SJKT.”

“Apabila dimaklumkan, Menteri Pendidikan terus senyap,” kata Najib.

Maszlee kemudian membuat tuduhan lain berhubung bantuan susu, dengan mendakwa wang untuk Program Susu 1 Malaysia itu telah hilang.

Menurut Najib, siasatan mendapati susu yang dijadual dibekalkan pada 2016 dan 2017 telah disampaikan kepada sekolah yang sepatutnya.

“Tetapi, hasil siasatan menunjukkan semua susu yang patut dibekalkan untuk tahun 2017 telah berjaya dibekalkan kepada 7,000 sekolah. Begitu juga untuk tahun 2016.”

Tetapi, katanya, program ini terhenti apabila tidak lagi diberikan peruntukan oleh kerajaan PH.

“Malangnya, program susu ini tidak diteruskan untuk tahun ini selepas PH menang kerana dana peruntukan untuk tahun ini tidak diluluskan dan disalurkan oleh kerajaan PH sendiri,” kata Najib.

Pendedahan ini kata Najib satu lagi bukti kesalahan sendiri PH yang mahu ditutup dengan menyalahkan beliau dan kerajaan BN.

“Adakah Menteri Pendidikan kita sekarang mahu mendidik anak-anak muda kita untuk berbohong dengan bersungguh-sungguh dan membuat tuduhan liar sebelum menyiasat?” – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDr Maszlee Malik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd