• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tidak Penuhi Janji Dalam Belanjawan 2019 – Najib

oleh
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dalam Belanjawan 2019, termasuk janji untuk menghapuskan tol.

Anggota Parlimen Pekan itu berkata walaupun kerajaan ada mengumumkan beberapa subsidi, namun ia tidak memadai dengan janji kepada rakyat yang dilakukan ketika PRU14, Mei lalu.

“Begitu juga dengan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, mereka janji bahawa gaji RM4,000 ke bawah tidak perlu membayar, sebab itulah ramai anak muda sokong mereka tetapi sebaliknya hanya peminjam yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah sahaja dikecualikan,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada pembentangan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu, katanya, kerajaan PH juga hanya mengulangi perancangan yang telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinanya dahulu.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan belanjawan pertama PH tidak memberikan titik sentuhan kepada rakyat.

“Kita lihat tidak ada pun peruntukan khusus untuk petani dan nelayan serta mereka yang menjadi pekebun-pekebun kecil terutama apabila harga komoditi ini jatuh,” kata Presiden UMNO itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata hampir tiada agenda besar dibuat sebagai pemangkin kepada pembangunan Wilayah Pantai Timur dalam Belanjawan 2019.

“Masa komen Tun Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dalam kajian RMK-11 (Rancangan Malaysia Ke-11), antara antara yang dibangkitkan ialah pembangunan seimbang wilayah.

“Tetapi, kita tengok belanjawan kali ini hampir tiada, malah tidak digambarkan dalam data yang jelas tentang pembangunan khusus kawasan wilayah Pantai Timur,” katanya. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd