• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Hitam Sangkal Video Tular Kaitkan PM

oleh Cj Mnh
14/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal satu video tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau pernah membangkitkan sikap jahat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan.

“Isi kandungan artikel itu penuh dengan tindakan memotong klip video berkenaan dan menokok tambah ayat-ayat yang menyesuaikannya dengan objektif tertentu. Klip video itu tular hasil beberapa potongan di mana jelas seolah-olah saya mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan ke atas Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan di sini.

Musa menjelaskan, video itu beasaskan kepada satu majlis diskusi yang berlaku kira-kira empat tahun dulu apabila pengerusi majlis memintanya memberi komen berhubung peletakan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dahulu.

Musa adalah timbalan perdana menteri kelima dari 1981 hingga 1986.

Beliau berkata apabila diteliti kenyataan dan klip video berkenaan, jelas bahawa perkataan ‘kotor’, ‘berdosa besar’ dan sebagainya bukan dituju kepada Dr Mahathir tetapi kepada aktivis politik yang menyarankan untuk menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. – BERNAMA

Tags: Tun Musa Hitamvideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

Polis Siasat Video Tular Didakwa Aibkan Anggota URB

10/11/2025
0

Subang Jaya: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan beberapa video tular di media sosial yang didakwa mengaibkan anggota Unit Rondaan...

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd