• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Mungkin Mereka Tak Ada Grup WhatsApp”

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan pegawai khasnya, Tony Pua kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung penilaian prospek Petronas oleh syarikat penarafan kredit antarabangsa.

Ia susulan Moody’s Investors Service (Moody’s) mengubah unjuran penarafan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) LNG Ltd. (PLL) daripada stabil kepada negatif.

Najib berkata, Tony yang juga Ahli Parlimen Damansara, baru-baru ini menyifatkan tindakan Moody’s menurunkan penilaian prospek Petronas itu bukan satu penurunan taraf.

Bagaimanapun, katanya, Guan Eng pula tidak setuju dengan langkah Moody’s untuk menurunkan penarafan Petronas.

“Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain daripada kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup WhatsApp.

“Terpulang kepada mereka jika tidak mahu mengaku ‘downgrade’ (penurunan taraf) atau tidak bersetuju dengan langkah ‘downgrade’ itu.

“Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah sudah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Najib berkata, nilai ringgit menjunam daripada RM4.16 ke RM4.19 pagi tadi dan masih mengalami penurunan, susulan pengumuman Moody’s.

Katanya, aliran penurunan mata wang negara itu akan menambah tekanan kepada rizab antarabangsa negara yang juga menurun setiap bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Langkah Moody’s turunkan penarafan Petronas berikutan Belanjawan 2019, di mana kerajaan akan menjarah Petronas untuk membayar dividen RM26 bilion bagi tahun ini dan RM54 bilion untuk tahun depan, berbanding RM16 bilion untuk tahun 2017 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd