• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Fail Rayuan Keputusan PRU14 DUN Rantau

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytharkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah.

Timbalan Presiden UMNO itu memfailkan rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat daripada firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak & Co, hari ini, sebelum tempoh notis rayuan selama 14 hari berakhir petang ini.

Mohamad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau mengambil keputusan untuk merayu setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan dan alasan penghakiman secara lisan serta nasihat guaman daripada barisan peguamnya.

“Rayuan ini sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kedudukan saya sebagai wakil rakyat bagi kawasan tersebut serta membebaskan saya daripada sebarang dakwaan salah laku semasa Hari Penamaan Calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 16 Nov lalu, Hakim Datuk Norazimah Omar, dalam keputusannya, mengisytiharkan keputusan kerusi DUN Rantau pada PRU14 terbatal dan tidak sah selepas membenarkan petisyen yang dikemukakan oleh calon PKR, Dr S. Streram.

Norazimah turut mengarahkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan dengan segera bagi kerusi berkenaan.

Pada Hari Penamaan Calon, 28 April lalu, Mohamad, calon Barisan Nasional (BN) disahkan menang tanpa bertanding berikutan Dr Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana dihalang masuk ke pusat penamaan kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram, yang juga pakar bius di Pusat Perubatan Nilai, memfailkan petisyen bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah. – BERNAMA

Tags: PRU14Rayuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd