• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Belum Pasti Untuk Fail Rayuan

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan berbincang dengan barisan peguamnya keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, yang diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau yang merupakan responden pertama dalam petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram, berkata beliau menghormati keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan kemenangannya untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada PRU yang lepas adalah tidak sah dan batal.

“Saya perlukan masa untuk berbincang dan kami ada 14 hari untuk memfailkan rayuan, sekiranya perlu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan, Mohamad berkata itu terpulang kepada parti.

“Bagi mempertahankan jawatan, sepatutnya saya bertanding tetapi sekarang terpulang pada parti dan pucuk pimpinan untuk memutuskan calon yang terbaik,” katanya.

Pada 28 April lepas, Mohamad diumumkan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram yang juga pakar bius memfailkan petisyen di mahkamah bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula, kerana mendakwa penyandangnya tidak dipilih secara sah dan terbatal.

Dalam petisyennya, selain Mohamad selaku responden pertama, Dr Streram turut menamakan pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub sebagai reponden kedua; dan SPR responden ketiga.

Sementara itu, Dr Streram berkata beliau terlalu gembira dengan keputusan hari ini yang membuktikan demokrasi berparlimen ditegakkan.

“Saya merasa sangat gembira sebab enam bulan kita berlawan dengan barisan peguam yang handal untuk memdapatkan keputusan untuk rakyat Malaysia.

“Sama ada saya akan menjadi calon PKR untuk PRK yang akan datang ini, itu terpulang kepada parti untuk memilih, walaupun saya yang mencabar keputusan pilihan raya ini,” katanya.

Sementara itu, wakil SPR berkata badan itu akan mengeluarkan notis kekosongan kerusi DUN Rantau dalam tempoh 30 hari setelah menerima sijil perakuan keputusan pilihan raya yang akan dikeluarkan mahkamah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanDUN Rantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Siap Siaga Pertahan DUN Rantau

Next Post

Didenda RM5K Jual 245 Unit Pelembap Bibir Tiruan

Related Posts

Lebih 2,600 Insiden Siber Dilapor

Lebih 2,600 Insiden Siber Dilapor

24/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,674 insiden siber dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA setakat Oktober tahun ini....

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

12/08/2023
0

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memuji parti yang bertanding sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Next Post

Didenda RM5K Jual 245 Unit Pelembap Bibir Tiruan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd