• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Ke India, Bangladesh Jana Jualan RM145 Juta

oleh Cj Mnh
23/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Syarikat Malaysia yang menyertai dua misi promosi perdagangan ke Bangladesh dan India bulan ini memperoleh perjanjian jualan bernilai RM145 juta.

Perjanjian itu dirundingkan semasa mesyuarat perniagaan diaturkan untuk syarikat Malaysia di Dhaka dan New Delhi, kata pegawai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di India kepada Bernama.

“Sambutan yang diterima delegasi kita di Bangladesh sangat menggalakkan. Empat belas syarikat yang berurusan dengan produk pengguna, perabot dan bahan binaan mengambil bahagian dalam misi 11 dan 12 November dan mereka melaporkan potensi jualan sebanyak RM124 juta,” kata Pesuruhjaya Perdagangan yang berpangkalan di Chennai, Muzzafar Shah Hanafi.

Beliau berkata, produk buatan Malaysia dinilai sangat tinggi di Bangladesh dan orang ramai mengenali banyak jenama kerana hubungan perjalanan dan perdagangan yang kukuh antara kedua-dua negara.

“Malaysia menikmati penjenamaan yang baik di Bangladesh, kami melihat potensi yang kukuh untuk pertumbuhan eksport makanan yang diproses, produk penjagaan kesihatan, kosmetik halal, komponen automotif dan bahan bangunan,” kata Muzaffar.

Di Asia Selatan, India kekal sebagai destinasi utama bagi produk Malaysia kerana hubungan perdagangan meningkat dengan ketara berikutan Perjanjian Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-India (AIFTA).

India adalah destinasi eksport ketujuh terbesar Malaysia dan rakan perdagangan ke-10 terbesarnya.

Eksport Malaysia ke India meningkat 12.3 peratus kepada RM27.37 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Terdapat minat yang ketara di kalangan pengimport India dalam mendapatkan produk dan perkhidmatan Malaysia dalam sektor seperti makanan, kosmetik, pelincir industri dan perabot.

“Syarikat India juga telah menunjukkan minat untuk mengimport jentera dan teknologi perindustrian bagi pengeluaran tempatan,” kata Pesuruhjaya Perdagangan di Mumbai, Mohd Feisal Ezuan.

MATRADE berharap syarikat Malaysia akan meningkatkan usaha mereka untuk mengenal pasti peluang baru untuk pengembangan perniagaan di pasaran besar India.

“Objektif Misi Percepat Ekspo kami adalah untuk mengukuhkan hubungan dengan syarikat-syarikat India, selain menyediakan platform untuk meneroka bidang baru dalam meningkatkan eksport syarikat Malaysia.

Jualan lebih RM21 juta dijana daripada mesyuarat perniagaan sepanjang misi 13 hingga 15 November itu,” tambah Feisal. – BERNAMA

Tags: BangladeshMatrade
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd