• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17 Mungkin Antara Tajuk Perbincangan Dalam Pertemuan Tun M, Putin

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak ke-33 ASEAN di sini nanti.

Mesyuarat dijadulkan pada hari Selasa. Putin berada di negara pulau ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ke-3 ASEAN-Russia dan Sidang Kemuncak ke-13 Asia Timur.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang mengesahkan pertemuan itu berkata insiden Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh semasa melalui zon konflik di Ukraine Timur pada tahun 2014, mungkin akan menjadi antara tajuk perbincangan.

“Pendirian kita sentiasa jelas, kita masih menunggu laporan konklusif dari Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT),” katanya dalam satu persidangan media di sini hari ini.

Selepas empat tahun siasatan berhubung insiden Penerbangan Malaysia MH17 itu, pasukan JIT yang diterajui negara Belanda itu berkata pewasat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia, BUK TELAR.

Pasukan itu percaya senjata BUK TELAR digunakan untuk menembak jatuh MH17, dan ia berasal dari Briged ke-53 Anti-Aircraft Missile (53rd Brigade), yang merupakan satu unit Tentera Rusia dari Kursk dalam Persekutuan Russia.

Anggota JIT terdiri daripada polis dan pendakwaraya dari Belanda, di samping para pegawai dari Malaysia, Australia, dan Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu sedang dalam perjalanan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak semasa melintasi zon konflik di Ukraine Timur, mengakibatkan 298 orang terbunuh.

Selain Putin, Dr Mahathir juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern. – BERNAMA

Tags: Presiden Vladimir PutinTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Mahathir Mahu Malaysia Teroka Teknologi Baharu

Next Post

Fasha, Aidil Bertunang Tak Lama Lagi?

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

Fasha, Aidil Bertunang Tak Lama Lagi?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd