• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanisme Permohonan Penambahan Taska Akan Diperincikan – Yeoh

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mekanisme permohonan penambahan taska di bangunan kerajaan akan diperincikan selepas Belanjawan 2019 diluluskan di Dewan Rakyat nanti, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata peruntukan RM10 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 untuk menambah 50 taska di bangunan kerajaan akan memberikan dorongan kepada agensi kerajaan untuk menyediakan taska di pejabat serta membantu mengalakkan lebih ramai wanita terus bekerja.

Katanya pihaknya menerima maklum balas terdapat agensi kerajaan yang mendakwa menghadapi kesukaran untuk menyediakan kemudahan taska berikutan kekangan bajet dan juga kekurangan tempat.

“Dengan pengumuman bajet ini, kita ada peruntukan khas yang diperuntukkan Kementerian Kewangan untuk tujuan ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di sini, hari ini.

Yeoh berkata kementeriannya memandangkan serius keperluan taska di tempat kerja ekoran kes kematian bayi lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, yang mayatnya ditemukan di bahagian sejuk beku peti ais, di rumah pengasuh di Batu Caves pada Julai tahun ini.

Pengasuh bayi berkenaan menghadapi pertuduhan menganiaya bayi itu sehingga menyebabkan kecederaan di kepala dan melupuskan mayat mangsa dengan menyembunyikan kematiannya.

Dalam ucapannya pada persidangan yang diadakan bersempena Hari Kanak-Kanak, Hari Orang Kurang Upaya dan Hari Warga Emas itu, Yeoh menyarankan pihak yang terlibat dalam program kesukarelawanan mencari cara baharu untuk pengurusan yang efektif dan menghasilkan hasil yang lebih baik serta berimpak tinggi untuk membantu golongan sasar.

“Kita akui semua program kesukarelawanan mempunyai tujuan yang murni namun jika operasinya tidak diuruskan dengan cekap dan produktif, usaha bersungguh-sungguh mereka hanya akan memberikan impak yang minimum.

“Kaedah yang berbeza seperti pendekatan inovasi disruptif perlu difikirkan untuk memastikan kita kekal relevan dalam persaingan memacu keadilan sosial. Malah, sudah tiba masanya inovasi disruptif ini juga diterapkan ke dalam pertubuhan kesukarelawanan dan pertubuhan kebajikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hannah Yeoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, kata...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd