• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Nelayan Hilang Di Perairan Pulau Besar Ditemui

oleh Ahmad Albab
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Besar di sini dua hari lepas, ditemui tengah malam tadi di perairan di antara Pulau Besar dan Pulau Dodol di sini.

Dalam satu kenyataan di sini, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka/Negeri Sembilan Kapten Maritim Amran Daud berkata mayat Md Rashid Jizan, 52 ditemui oleh sekumpulan nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat kira-kira 12.40 tengah malam.

“Mangsa ditemui lebih kurang 1.4 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan jatuh dua hari lepas sebelum dibawa ke Jeti Pantai Siring untuk pengecaman oleh anak mangsa.

“Mayat mangsa disahkan berdasarkan pakaian terakhir yang dipakainya sebelum dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dua hari lepas, Bernama melaporkan Md Rashid keluar memancing bersama lima rakan dengan menaiki perahu secara berasingan sebelum disyaki terjatuh ke dalam laut.

APMM menerima aduan daripada seorang rakan mangsa tentang kehilangannya pada 10.45 pagi Rabu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, Amran menasihati orang ramai terutamanya komuniti maritim agar menggunakan alat bantuan kecemasan persendirian (PLB) yang berfungsi memberi isyarat kecemasan yang tepat bagi tujuan menyelamat sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Beliau berkata PLB akan menyampaikan isyarat kecemasan kepada sistem Corpas Sarsat iaitu sistem satelit yang digunakan pada masa kini bagi kegunaan operasi pencarian di laut sekali gus memudahkan pasukan penyelamat mengesan lokasi sebenar kejadian. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: MayatNelayan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akaun FB ‘Cikgu Ros Bagan Serai’ Berbaur Rasis Disah Palsu

Next Post

Piala AFF Suzuki: Jangan Beli Dari Ulat Tiket – FAM

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

Piala AFF Suzuki: Jangan Beli Dari Ulat Tiket - FAM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd