• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Bot Nelayan Kutip Kerang Tanpa Lesen Dicekup

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menahan tiga buah bot nelayan tempatan kerana mengambil kerang dari tapak kultur kerang tanpa lesen yang sah di kedudukan 0.5 batu nautika dari muara Sungai Belanak, Juru dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Maritim Pulau Pinang Hamizan Harun berkata bot peronda pihaknya menahan tiga bot nelayan kelas A itu antara pukul 12.20 tengah malam tadi dan 1.30 pagi ini.

“Bertindak atas aduan awam yang memaklumkan ada beberapa buah bot nelayan menceroboh dan mengambil kerang dari tapak kultur kerang, ia membawa kepada kejayaan kami membuat tangkapan,” katanya di sini.

“Tiga tekong bersama masing-masing dua awak-awak tempatan yang berada di atas tiga bot itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 4(1) Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002 kerana mengambil kerang dari tapak kultur kerang tanpa lesen yang sah,” tambahnya.

Tiga buah bot yang ditahan bersama hasil tangkapan lebih kurang 305 kilogram kerang itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: kerangLesen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

Nahas Pelajar UPSI: Lesen Pemandu Bas Digantung Serta-Merta

16/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terbabit dalam nahas meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd