• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Tak Turun Walaupun Jeriji Tingkap Dibuka

oleh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran tragis pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tahun lalu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ada beberapa mangsa yang maut tidak turun menyelamatkan diri melalui tingkap asrama walaupun jeriji besi pada tingkap telah dibuka.

Bekas pelajar, Muhammad Amru Daniel Al-Haz Ali, 17, berkata beberapa mangsa itu terlebih dahulu pergi berhampiran tingkap dan menjerit meminta pertolongan namun sebaik jeriji tingkap dibuka olehnya mangsa tersebut tidak turun menyelamatkan diri.

“Mereka yang pergi dekat jeriji tingkap tu panggil orang minta tolong dan saya dapat idea nak tarik jeriji tu,” katanya ketika ditanya Hakim Azman Abdullah pada prosiding perbicaraan kes itu hari ini.

Kepada soalan Azman siapakah yang berada berhampiran saksi itu namun tidak turun melalui tingkap dan telah meninggal dunia, saksi pendakwaan ke-26 tersebut berkata dia hanya mengingati dua nama iaitu Muhammad Aiman Ramzanudin, 12, dan Mohamad Daniel Md Amin, 14.

Pada prosiding perbicaraan semalam, saksi itu berkata dia berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap asrama dan menggelongsor pada paip di luar tingkap selepas berjaya menarik jeriji besi tingkap sehingga tercabut.

Terdahulu, menjawab soalan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah semasa pemeriksaan semula sama ada Muhammad Amru Daniel Al-Haz memanggil kesemua rakan-rakannya yang berada di dalam bilik itu dan memberitahu ada laluan keluar selepas membuka jeriji berkenaan, saksi itu menjawab: “Tidak.”
Muhammad Amru Daniel Al-Haz menjelaskan dia hanya memanggil rakan-rakan yang berada berhampirannya sahaja selain penglihatannya di dalam bilik asrama itu juga terhad disebabkan asap yang semakin menebal.

Pada prosiding sama, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya Edwin Galan Teruki berkata beliau ketika itu bertugas sebagai penolong ketua pengarah bahagian sama dan mengetuai pasukan siasatan kejadian.

Katanya hasil pemeriksaan di depan pintu masuk asrama mendapati terdapat beberapa corak kebakaran dengan keamatan haba yang tinggi, menunjukkan kemungkinan kebakaran bermula di kawasan hadapan pintu tersebut.

Kepada soalan Othman mengenai hasil analisis siasatannya, Edwin berkata pihaknya mendapati punca kebakaran ialah sengaja dibakar.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa secara bersama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz yang beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan mengikut Seksyen 94 akta sama juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.

Perbicaraan bersambung Isnin. – BERNAMA

Tags: Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Bakar Tahfiz Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan

17/08/2020
0

REMAJA lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari...

Kecoh Kes Buli Di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang sebelum ini pernah menjadi perhatian umum akibat kebakaran yang mengorbankan 23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd