• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysian Tigers Kalah Lagi Di Tangan NZ

oleh
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas mengalami kekalahan kedua kepada New Zealand dalam perlawanan ujian kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.

Pasukan bimbingan Roelant ​​​​​​​Oltmans itu tumpas 3-4 kepada New Zealand, selepas kalah 1-2 dalam perlawanan ujian pertama di venue yang sama pada 16 Nov lepas.

Pada aksi hari ini, skuad ‘The Black Stick’ itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit keempat menerusi gol padang yang menarik daripada George Muir, sebelum Aidan Sarikaya menggandakan jaringan pada minit ke-20.

Pasukan Malaysian Tigers berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol padang Firhan Ashari, selang satu minit kemudian.

Dalam suku ketiga permainan, bermula daripada pukulan sudut penalti, penyerang prolifik kebangsaan Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42.

Namun, segala-galanya berubah pada suku keempat perlawanan apabila New Zealand berjaya menjaringkan dua lagi gol melalui pukulan sudut penalti Shea McAleese pada minit ke-47 dan Kane Russell (minit ke-51) manakala Malaysia hanya menambah satu gol hasil jaringan ​​​​​​​Nabil Fikri pada minit ke-48.

Malaysia, pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, terus berusaha mendapatkan gol penyamaan, namun gagal menembusi gawang pasukan nombor kesembilan dunia itu, biarpun mengubah strategi kepada ‘powerplay’ dengan membawa masuk pemain bahagian hadapan bagi menggantikan penjaga gol, tetapi usaha itu tidak berhasil sekali gus menyaksikan skuad negara tumpas buat kali kedua.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Oltmans berkata masih ada ruang buat pasukannya untuk memperbaiki corak permainan mereka sebelum berlepas ke India pada 25 Nov ini.

“Kita perlu memperbaiki bahagian pertahanan yang saya lihat agak rapuh. Pada suku ketiga perlawanan, pemain kita berjaya menemui kembali rentak permainan, namun di suku keempat, New Zealand mengubah strategi dan berjaya menjaringkan gol,” katanya.

Skuad negara akan sekali lagi berdepan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 itu dalam perlawanan ujian ketiga pada Khamis ini, di venue yang sama.

Malaysia dijangka berdepan tugas berat dalam kempen Piala Dunia 2018 yang dijadual berlangsung dari 28 Nov hingga 16 Dis ini, selepas diundi dalam Kumpulan D bersama-sama tiga bekas juara dunia – Pakistan, Belanda dan Jerman.

Dalam edisi lepas pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bersaing pada kejohanan tersebut. – BERNAMA

Tags: hokiMalaysian Tigers
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd