• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Malam Yang Akan Diingat Sampai Bila-Bila”

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WAYNE Rooney tidak dapat menahan sebak selepas aksi perlawanan persahabatan England bertemu Amerika Syarikat.

Rooney yang telah bersara dari karier antarabangsa muncul kembali menyarung jersi The Three Lions sekaligus merekodkan kap yang ke-120 bersama England dan terakhir.

Dengan penuh emosi, Rooney mengucapkan penghargaan kepada rakan sepasukannya serta staf yang telah menyambut kehadirannya dengan baik.

Penjaring gol sepanjang masa untuk England itu bagaimana pun gagal mencatat jaringan ke-54 kariernya.

“Malam seperti yang digambarkan, malam yang akan diingat sampai bila-bila. Bagi kami sebagai sebuah keluarga, kami akan ingat ianya sebagai sebuah memori indah.

“Agak malu kerana saya tidak dapat menjaringkan gol, tetapi jika terjadi ianya akan membuka lembaran baharu untuk dikira dan lebih baik tidak berlaku,” jelasnya selepas perlawanan.

Dalam masa sama, pemain DC United itu yakin England akan lebih berjaya di masa akan datang.

“Saya fikir England berada di tangan yang selamat. Apa yang saya lihat dan terlintas: “Bagaimana pemain-pemain mendapatkan jurulatih yang bijak. Bagaimana pemain-pemain menerima kebijaksanaan itu.

“Sangat hebat apabila melihat sekumpulan pemain muda yang mempunyai masa depan yang cerah. Saya yakin dalam beberapa tahun akan datang mereka akan hampir untuk membawa trofi balik ke England.

“Saya harap mereka akan melakukannya. Ia sangat hebat untuk negara dan saya adalah salah seorang peminat mereka.”

Pada perlawanan tersebut England berjaya menumpaskan USA dengan keputusan 3-0. – Dailymail/mStar Online

Tags: EnglandWayne Rooney
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayern Munich Yakin Dapat Sambar Ramsey

Next Post

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

Related Posts

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

14/08/2022
0

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,...

Euro 2020: Sterling, Kane Wira England Singkir Jerman

30/06/2021
0

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane...

Next Post

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd