• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Putus Kes ‘Bin Abdullah’ Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis depan untuk menyampaikan keputusan dalam kes rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dua pihak lagi berhubung sama ada anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukan ‘Abdullah’.

Ketika dihubungi hari ini, peguam Nizam Bashir yang mewakili pasangan suami isteri dan anak mereka dalam rayuan itu, berkata beliau dimaklumkan oleh mahkamah pada Selasa (13 Nov) bahawa tarikh keputusan ditetapkan pada 22 Nov.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel tiga hakim makamah tertinggi itu terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Aziah Ali serta Datuk Seri Balia Yusof Wahi.

Rayuan itu pada asalnya didengar panel lima anggota tetapi dua hakim iaitu bekas Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif meletak jawatan manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah pula bersara.

Pada 18 Okt lepas, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang dalam panel tujuh hakim, membuat keputusan untuk tidak mendengar semula tetapi baki tiga hakim daripada panel asal Mahkamah Persekutuan akan terus menyampaikan keputusan.

Malanjum berkata terdapat cukup baki hakim dalam anggota panel sebelum ini yang telah mendengar dan kemudian menangguhkan keputusan kes rayuan itu.

Pada 25 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada satu pasangan dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak ketua pengarah JPN menggantikan nama ‘Abdullah’ pada nama anak itu dengan nama bapa kandung anak itu dalam sijil kelahiran.

Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis dikeluarkan pada 25 Julai tahun lepas, memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan di luar nikah boleh ‘dibin atau dibinti’ menggunakan nama bapanya, dan bukannya ‘Abdullah’.

Ia (Mahkamah Rayuan) berkata ketua pengarah JPN tidak terikat oleh fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama untuk ‘dibin atau dibinti’ kepada anak luar nikah.

Pada 8 Sept tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah rayuan itu. – BERNAMA

Tags: JPNmahkamah persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

28/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd