• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Shahidan

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan dipercayai kes mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini.

Waran itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Abu Hassan susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail.

Bagaimanapun peguam yang mewakili Shahidan, Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim membantah pengeluaran waran itu kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

“Saya hanya mendapat tahu pengeluaran waran ini semasa berada di mahkamah pagi ini sedangkan anak guam saya berada di luar kawasan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memohon semula kepada mahkamah untuk membatalkan waran tangkap tersebut.

“Kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumkan lebih awal apatah lagi melibatkan ahli politik. Shahidan tidak lari ke mana-manapun kerana beliau menetap di Perlis. Waran tangkap hanya dikeluarkan jika beliau melarikan diri,” katanya.

Berdasarkan status yang dimuat naik Shahidan, Anggota Parlimen Arau itu sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat umrah.

Baru-baru ini tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan ahli kumpulan buskers yang ditaja oleh beliau.

Shahidan bagaimanapun menafikan perbuatan itu yang didakwa berlaku pada 21 Oktober lepas, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja itu telah ditarik balik.

Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan secara baik dan keluarga mereka anggap tidak ada apa yang perlu dihebohkan. – BERNAMA

Tags: Shahidan Kassimwaran tangkap
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bank Pusat Singapura Lapor Polis Terhadap Artikel 1MDB

Next Post

Wanita China Hilang

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Next Post

Wanita China Hilang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd