• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mahu Majoriti 2/3 Untuk Sah ICERD?

oleh
29/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENAPA Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini beria-ia mahu sangat Pakatan Harapan (PH) perlu ada wakil dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat? soal Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Pengerusi PH itu ujarnya, pernah menegaskan kononnya kekurangan undi majoriti 2/3 adalah faktor kenapa PH sehingga kini gagal menunaikan janji manis manifesto mereka sendiri ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

“Itu cakap beliau semalam ketika menerima Ahli Parlimen Bagan Serai dan 4 Senator Barisan Nasional (BN) yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” sinis Mohd. Puad menerusi satu kenyataan media hari ini.

Dalam nada sindiran, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu tanya soalan cepumas: Adakah untuk hapus hutang peminjam skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu juga majoriti 2/3 di Parlimen?

“Adakah untuk pihak PH menurunkan harga minyak petrol pun kena ada majoriti 2/3? Adakah untuk meneruskan bantuan sara hidup kepada golongan miskin termasuk nelayan, petani dan pekebun sawit turut memerlukan 2/3.

“Atau sebenarnya Mahathir terpaksa memerlukan undi majoriti 2/3 bagi boleh beliau pinda Perlembagaan untuk meratifikasikan ICERD atau untuk mengurangkan lagi kuasa Raja Raja Melayu sendiri?” tanya Mohd. Puad lagi.

Untuk rekod, Mahathir sebelum ini pernah mendakwa kononnya kerajaan PH tidak akan ratifikasi konvensyen kontroversi itu tetapi kemudian berkata, beliau hanya sekadar tangguh dan bukannya langsung tidak perakui.

Mohd. Puad dalam pada itu menambah bahawa syarat mereka dari kalangan pemimpin UMNO yang ‘lompat’ masuk PPBM itu ialah selama setahun tidak boleh pegang apa-apa jawatan sama ada dalam parti atau kerajaan PH.

“Syarat lain bagaimana? Apakah siasatan rasuah, money laundering (penggubahan wang haram) dan cubaan ‘lari’ daripada cukai dikecualikan? Kenapa syarat tidak boleh mohon projek atau kontrak kerajaan tidak dimasukkan?

“Barulah genuine (tulen) kemasukan mereka ke dalam PPBM. Setahun hanya kosmetik sahaja,” jelas Mohd. Puad yang menyifatkan tempoh masa diberi tersebut sekadar permainan politik semata-mata. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Puad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd