• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Kekal Rekod Tanpa Kalah

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mudah mengatasi pasukan tangga tercorot Fulham 2-0 di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp mengumpul 30 mata hasil sembilan kemenangan dan tiga seri selepas 12 perlawanan.

Bagi Fulham pula, keputusan itu menyaksikan mereka terus kekal di kedudukan terbawah liga dan berpotensi untuk tersingkir daripada saingan musim depan apabila hanya mampu mengutip lima mata setakat ini.

Liverpool yang tewas mengejut di tangan kelab Serbia, Red Star Belgrade pada aksi peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara, Rabu lalu terpaksa menunggu hingga minit ke-41 untuk memecah kebuntuan jaringan menerusi penyerang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah.

Jaringan itu berpunca daripada satu serangan balas pantas yang dilakukan The Reds sejurus gol Fulham yang dihasilkan Aleksandar Mitrovic dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid.

Lapan minit selepas bersambung babak kedua, Xherdan Shaqiri meletakkan Liverpool mendahului 2-0 apabila pemain kebangsaan Switzerland menyudahkan hantaran Andy Robertson dengan satu sepakan voli yang menerjah gawang.

The Reds turut memperoleh beberapa peluang terhidang terutama pada penghujung babak kedua, namun gagal disempurnakan barisan serangan yang menyaksikan kedudukan 2-0 kekal hingga wisel penamat.

Anak buah Klopp akan berdepan Watford bagi perlawanan seterusnya pada 24 November ini sebelum berkunjung ke Paris Saint-Germain untuk aksi kumpulan Liga Juara-Juara, lima hari kemudian. – AGENSI

Tags: Liverpoolrekod tanpa kalah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd