• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Buku Malaysia Dalam Bahasa Jepun Dilancar

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini melancarkan lima buku terbitan Malaysia yang diterjemahkan ke bahasa Jepun dalam satu majlis yang berlangsung di Kinokuniya Shinjuku, Tokyo.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata judul buku-buku yang dilancarkan ialah Islamic Finance Fundamentals With Applications in Malaysia, The Basics of Islamic Finance With Applications in Malaysia, Hang Tuah: Catatan Okinawa, Halal: All That You Need To Know dan Beautiful Malaysia.

Maszlee yang kini berada di Tokyo kerana mengiringi lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara matahari terbit berkata, pelancaran lima judul itu merupakan permulaan kepada lebih banyak lagi projek terjemahan dan penerbitan buku-buku Malaysia ke bahasa Jepun.

“Usaha terjemahan dan penerbitan buku ini penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” katanya.

Jelas beliau, perkara itu bertepatan dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang digerakkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KLBACA! iaitu kempen Kuala Lumpur ke arah Kota Buku Dunia 2020.

Jelas KPM usaha itu merupakan inisiatif kerjasama antara Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Japan Malaysia Association (JMA) dengan sokongan tiga universiti awam iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Presiden Kinokuniya Co. Ltd. Masashi Takai dan Pengarah Eksekutif JMA, Takakazu Ogawa.

“KPM akan teruskan usaha untuk memastikan aktiviti penterjemahan bergiat lebih aktif termasuk terjemahan buku-buku dalam bahasa Melayu ke bahasa asing serta dari bahasa asing ke bahasa Melayu.

“Ini akan meningkatkan ekonomi penterjemahan. Dalam masa yang sama akan ada pemindahan pengetahuan dalam bidang penterjemahan. Ini penting supaya semua kajian kita dirujuk termasuk karya universiti-universiti tempatan,” kata kenyataan itu.

Tambah KPM, pada majlis pelancaran itu satu memorandum persefahaman (MoU) turut ditandatangani antara ITBM, JMA dan Kinokuniya Jepun bagi pengedaran buku-buku terbitan ITBM dan JMA di kedai-kedai buku terpilih Kinokuniya di Jepun.

Melalui MoU berkenaan buku-buku hasil kerjasama ITBM dan JMA boleh didapati di pasaran Jepun, sekali gus menyebar luas karya penerbitan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata kenyataan itu lagi. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd