• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lemas Selepas Terjun Ke Laut Semasa Operasi Polis

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke laut semasa cuba melarikan diri daripada serbuan polis di pelantar siput Kampung Sebatang Pinang dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Firdaus Isa berkata mangsa berumur 34 tahun itu ditemui kira-kira sembilan meter di dasar laut oleh pasukan penyelamat.

“Kita terima panggilan pada 11.29 pagi berhubung seorang lelaki dipercayai lemas berhampiran pelantar itu. Operasi mencari serta menyelamat dilakukan dan akhirnya mangsa ditemukan pada 4.25 petang kira-kira 30 meter dari tempat dia dipercayai terjun.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata satu operasi memerangi aktiviti dadah di sekitar kawasan berkenaan sedang dijalankan sewaktu insiden tersebut berlaku. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd