• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 30 Maut, Banjir Di Itali

oleh
05/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CASTELDACCIA – Banjir besar dan ribut kencang yang melanda Itali sejak seminggu lalu kini meragut lebih 30 nyawa, 12 daripadanya di pulau Sicily termasuk sembilan dari sebuah keluarga, kata penyelamat semalam.

Pasukan penyelamat berkata keluarga yang sedang bercuti itu terperangkap selepas rumah penginapan mereka ditenggelami air dan lumpur akibat tebing sungai yang pecah.

“Kami menemui mayat kanak-kanak berusia setahun, tiga tahun dan 15 tahun di sebuah rumah di bandar pantai Casteldaccia di timur ibu kota Palermo. Mangsa lain berusia antara 35 hingga 65 tahun.

Tiga lagi anggota keluarga berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata agensi berita Agi.

“Saya kehilangan semuanya, tiada apa lagi yang tinggal , hanya anak perempuan saya,” kata mangsa yang terselamat, Giuseppe Giordano, 35 kepada wartawan.

Angin kencang dan hujan lebat turut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 yang lain minggu ini di sekitar Itali, terutama di utara.

Banjir di Sicily turut menyebabkan banyak jalan raya ditutup minggu ini, termasuk sekolah, taman awam dan laluan bawah tanah.

Semalam, tentera dikerah untuk memeriksa keadaan jalan utama di pulau Mediterranean itu.

Agensi perlindungan awam Itali menyifatkan keadaan cuaca yang melanda negara itu minggu ini sebagai antara situasi meteorologi paling kompleks sejak 50 hingga 60 tahun yang lalu. – AFP

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd