• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Hadir Himpunan Bantah ICERD Di Ibu Negara

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 orang termasuk anggota parti pembangkang dan badan bukan kerajaan menyertai perhimpunan membantah hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di ibu negara hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati peserta yang berpakaian serba putih mula berkumpul di sekitar kawasan Masjid Jamek di sini pada 12 tengah hari dan difahamkan mereka akan berarak ke kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas zuhur.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Lokasi perhimpunan itu juga dikawal ketat oleh polis.

Perhimpunan anjuran Pemuda UMNO dan PAS itu dibuat susulan laporan media sebelum ini yang memetik beberapa menteri Pakatan Harapan bahawa Malaysia akan meratifikasi ICERD.

Rabu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan dengan semua kaum akan diadakan sebelum Malaysia meratifikasi konvensyen tersebut selain mengakui ia bukan perkara mudah kerana negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan masing-masing ada kepentingan sendiri. – BERNAMA

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd