• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Ke Julau Atas Kapasiti Sebagai TPM

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan lawatannya ke Julau, Sarawak Selasa lepas adalah atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau sekali gus menolak dakwaan kedatangannya ke negeri itu adalah untuk berkempen bagi pemilihan PKR.

Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berkata beliau pada asalnya dijadualkan ke Sarawak selepas sesi pemilihan parti, namun tarikh pemilihan itu ditunda ke 10 November.

“Saya tak kempen. Saya nak kempen untuk siapa. Saya pun tak bertanding, malah ia bukannya pilihan raya umum, ia sebuah negeri pembangkang, dan kami mahu menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan tidak melakukan diskriminasi.

“Saya (sepatutnya) pergi ke sana selepas pemilihan parti, tetapi secara kebetulan ia ditunda,” katanya kepada media selepas program lawatan ke Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, di sini, hari ini.

Semalam, Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya, berkata lawatan Dr Wan Azizah tidak kena pada masanya, kerana menjelang pemilihan terakhir PKR di negeri tersebut.

Latheefa berkata, Dr Wan Azizah sepanjang lawatan itu turut dilihat diiringi Larry Sng Wei Shien yang sebelum ini secara terbuka mengumumkan menyokong Rafizi Ramli, calon timbalan presiden parti.

Beliau mendakwa lawatan Dr Wan Azizah ke Julau turut membabitkan penggunaan jawatan rasmi beliau dalam Kabinet, selain aset kerajaan, termasuk pengumuman peruntukan RM100,000 untuk membina jalan raya di kawasan itu.

Menurut Latheefa, pengumuman itu dibuat dengan kehadiran Sng yang juga calon bertanding bagi Ketua Cabang Julau dan Anggota Majlis Pimpinan PKR Pusat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kor Ming, Isteri Terima RM101,160 Sebulan

Next Post

Masa Tidak Sesuai Punca ‘Spekulasi’ Lawatan Ke Julau

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

Next Post

Masa Tidak Sesuai Punca 'Spekulasi' Lawatan Ke Julau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd