• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lari Lokap Mahu Sambut Hari Jadi, Lelaki Dijel 8 Bulan

oleh Ahmad Albab
01/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran bersama teman wanita 27 Oktober lalu, pemasang jubin dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Pang Hung Boon, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Hokkien di hadapan Majistret Mohd Hairol Jemain.

Majistret memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 29 Okt lepas.

Mohd Hairol mengenakan hukuman penjara ke atas tertuduh kerana alasannya melarikan diri kerana mahu menyambut ulang tahun kelahirannya bersama teman wanita adalah tidak munasabah dan mencacatkan motif tertuduh ditahan.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan lokap Balai Polis Taiping di sini, kerana ditahan secara sah bagi kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), kira-kira 7.32 malam, 27 Okt lalu.

Bagi kesalahan tersebut, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pang yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah hanya mengenakan hukuman denda kerana dia perlu menjaga bapanya serta teman wanita dan anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan memohon agar mahkamah menolak rayuan tertuduh untuk dikenakan denda kerana tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau pada 2014, 2015 dan 2016. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Lokapparti hari jadi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petronas Selesai Bekalkan LNG Pertama Di RGTP

Next Post

Hamas Kecam Normalisasi Negara Arab Dengan Israel

Related Posts

Tokan Dadah Wanita Beraya Dalam Lokap

Tokan Dadah Wanita Beraya Dalam Lokap

09/07/2022
0

Manjung : Wanita dipercayai tokan dadah yang baru tiga bulan aktif kegiatan itu ditahan polis di tepi jalan Kampung Sungai...

Tahanan Ditemui Mati Dalam Lokap

17/01/2022
0

KOTA BHARU - Seorang suspek berkait kes pemilikan dadah ditemukan mati ketika berada di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis...

Next Post

Hamas Kecam Normalisasi Negara Arab Dengan Israel

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd