• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Merokok: Amaran Diberi Dalam 6 Bulan

oleh
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Kementerian Kesihatan akan menggunakan pendekatan memberi amaran terlebih dahulu kepada perokok dalam tempoh enam bulan selepas larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan mulai 1 Jan depan.

Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata tindakan itu bertujuan untuk mendidik perokok supaya tidak merokok di kawasan larangan dalam memastikan orang awam bebas pencemaran asap rokok.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya akan mengeluarkan saman terhadap perokok yang masih berdegil merokok di premis makanan selepas tempoh berkenaan.

“Sepanjang tempoh (enam bulan) itu, kami akan bagi amaran lisan kepada perokok jika mereka merokok di restoran atau premis makanan berkonsep terbuka atau restoran tanpa penyaman udara.

“Jika perokok enggan mematuhi amaran itu (selepas tempoh itu) dan masih meneruskan merokok, mereka akan disaman dengan segera,” katanya kepada kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Klinik Kesihatan Malim Nawar di sini, hari ini.

Dr Lee yang juga Anggota Parlimen Gopeng turut meminta pemilik premis makanan supaya memaparkan amaran larangan merokok dan tidak meletakkan bekas abu rokok di atas meja.

”Langkah ini bagi mengelakkan pelanggan merokok di premis makanan,” katanya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di seluruh negara termasuk warung di tepi jalan, serta tindakan turut diambil terhadap perokok berkuat kuasa 1 Jan tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.

Langkah itu merupakan inisiatif kementerian bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 dan ia merupakan antara inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok. – BERNAMA

Tags: Larangan Merokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Dramatik Nelayan Selamatkan Bayi Lemas Di Laut

Next Post

MB NS Pulang Setelah Selamat Dibedah Jantung

Related Posts

Larangan Merokok Tak Dihentikan

16/06/2020
0

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan tetap meneruskan penguatkuasaan terhadap larangan merokok di premis makanan dan menambah baik kempen itu bagi...

NGO Tak Setuju Ruang Khas Merokok Di Tempat Awam

10/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...

Next Post

MB NS Pulang Setelah Selamat Dibedah Jantung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd