• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor DBKL Jika Ada Salah Guna Kuasa Penguat Kuasa

oleh Cj Mnh
22/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tampil membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika mendapati berlakunya sogokan wang antara anggota penguatkuasa dengan pengusaha restoran di sekitar ibu kota.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata segala aduan dan laporan terhadap salah guna kuasa tersebut perlu disertakan dengan bukti kukuh supaya siasatan dan tindakan lanjut akan dibuat terhadap anggota penguatkuasa yang terlibat.

“Kalau ada maklumat mengenai kes-kes seperti ini, buatlah laporan secara rasmi, kalau rasa tak yakin buat kepada DBKL, dengan timbalan menteri atau saya ataupun staff saya pun boleh tetapi ia perlu disertakan dengan bukti yang kukuh.

“Mereka tidak usah takut untuk membuat laporan, tidak semestinya perlu mendedahkan identiti untuk mengadu dan jika tak buat laporan macam mana nak membendung amalan itu? ” katanya kepada pemberita selepas Majlis pelepasan peserta ‘Rain Forest Challenge’ di sini, hari ini.

Khalid berkata demikian bagi mengulas dakwaan Anggota Parlimen Kepong, Lim Lip Eng terhadap sogokan wang antara penguatkuasa DBKL dengan pengusaha restoran untuk membenarkan mereka berniaga di kawasan-kawasan dilarang, terutamanya di petak-petak parkir awam.

Semalam, Lim dipetik laporan sebuah akhbar Bahasa Inggeris berkata sekurang-kurangnya 10 restoran telah menyalahgunakan petak parkir untuk perniagaan mereka di sekitar Metro Perdana Kepong.

Lim berkata meskipun aduan dibuat dan tindakan telah dikenakan, mereka dilihat masih lagi degil dan mengulangi perkara sama dengan meletakkan kerusi dan meja mereka di tempat parkir pada waktu malam.

Khalid berkata DBKL akan membuat rombakan terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa untuk bertugas di kawasan berlainan setiap enam bulan bagi membendung salah guna kuasa dalam kalangan mereka.

“Ia juga dapat mengelakkan daripada terbentuknya budaya tertentu seperti berlakunya sogokan wang dengan pengusaha restoran untuk melakukan sesuatu aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menarik balik lesen perniagaan daripada peniaga dan pengusaha restoran yang masih ingkar arahan DBKL untuk tidak berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Sebenarnya mereka perlu memohon kepada DBKL dan hanya boleh berniaga di kawasan-kawasan yang ditetapkan sahaja, jika melangkauinya tindakan merampas kerusi meja serta kompaun akan dikenakan terhadap mereka.

“Tapi jika mereka masih degil, kami akan bertindak termasuk menarik balik lesen perniagaan,” katanya.

Program ‘Rain Forest Challenge’ yang berlangsung mulai 24 Nov hingga 4 Dis ini disertai kira-kira 500 peserta dari lebih 20 negara termasuk Russia, China, Equador, Mongolia, Korea, Vietnam, Filipina dan Malaysia.

Menurut pengasas ‘Rain Forest Challenge’ Luis J.A Wee, acara yang berlangsung sejauh lebih 350 kilometer itu akan melalui hutan belantara di sekitar Tumpat, Tanah Merah, Sakor, Pos Gob dan dijangka berakhir di Gua Musang pada 4 Disember.

“Selain itu, program turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Perhimpunan Kelab-Kelab 4×4 yang bakal menghimpunkan 500 buah kenderaan 4×4, persembahan kebudayaan serta jualan cenderamata,” katanya. – BERNAMA

Tags: PenguatkuasaSalah Guna Kuasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

Dua Kakitangan Badan Berkanun Ditahan Disyaki Seleweng RM600,000

08/01/2025
0

PUTRAJAYA - Dua kakitangan sebuah badan berkanun di Perlis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd