• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kritikan Suntik Semangat Pemain – Cheng Hoe

oleh
25/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe menyifatkan kritikan penyokong susulan kekalahan kepada Vietnam, menyumbang kepada kemenangan 3-0 ke atas Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Cheng Hoe berkata kritikan itu sedikit sebanyak membakar semangat barisan pemainnya yang turun dalam misi ‘hidup mati’ mencari kemenangan untuk membolehkan mereka mara ke peringkat separuh akhir.

“Kritikan itu semua merupakan kritikan yang membina. Mereka (penyokong) sayangkan pasukan negara.

“…dan saya akui kekalahan kepada Vietnam tempoh hari memberi pasukan motivasi yang sangat baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia melangkah ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan dan diiringi Vietnam sebagai juara selepas turut meraih tiga mata selepas menewaskan Kemboja 3-0 pada satu lagi aksi malam ini.

Pada aksi malam ini, dua gol menerusi penyerang Mohd Zaquan Adha Abd Radzak dan satu gol melalui Norshahrul Idlan Talaha sudah cukup memberi tiga mata berharga selain menamatkan kemarau kemenangan tujuh tahun ke atas skuad ‘The White Angels’ itu.

Sementara itu, mengulas mengenai aksi malam ini Cheng Hoe berkata masih terdapat beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan barisan pemain negara.

Beliau berkata tempoh seminggu sebelum aksi separuh akhir pertama yang dijadual berlangsung sama ada Sabtu atau Ahad depan, akan digunakan sebaiknya bagi memperkemaskan corak taktikal pasukan di samping mengkaji kekuatan pasukan lawan.

“Kami turun hanya dengan satu misi, meraih kemenangan dan pemain menunjukkan kesungguhan sejak awal permainan. Tetapi masih ada beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki menjelang aksi separuh akhir nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Minat Anggota Keluarga Kepada Ping Pong Dorong Gloria Bergelar Atlet

Next Post

Ronaldo Makin Menjadi Bersama Juventus

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

Next Post

Ronaldo Makin Menjadi Bersama Juventus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd