• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Sita 1,300 Tong LPG Bersubsidi

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menyita 1,300 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi serta barangan lain melibatkan rampasan keseluruhan bernilai RM260,000 di Labis di sini.

Pengarahnya Khairul Anwar Bachok menerusi kenyataan berkata serbuan dilakukan pada 3 petang semalam di sebuah stor dalam kawasan tanah lot di Sungai Karas, Jalan Labis-Yong Peng hasil risikan yang dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Segamat selama dua minggu.

“Turut dirampas ialah tiga unit set pam penyedut LPG, 10 unit salur dan kepala gas serta beberapa dokumen berkaitan premis serta, sebuah lori treler 40 tan yang digunakan mengangkut tong-tong LPG bagi pemindahan barang-barang dari lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati premis yang merupakan tapak lama sebuah kilang papan berselindung di sebalik aktiviti sarang burung walit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, aktiviti penyelewangan barang kawalan itu juga dipercayai telah bergiat aktif kira-kira dua bulan lalu dengan menjalankan pemindahan LPG bersubsidi kepada industri secara haram.

Khairul Anwar berkata, pada pemeriksaan itu seorang lelaki warganegara asing berusia lingkungan 40 tahun mengaku pekerja stor itu ditahan dan diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika sabit kesalahan bagi individu, mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan berulang dan seterusnya, boleh didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi kesalahan membabitkan pertubuhan atau syarikat, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2 juta dan tidak lebih daripada RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya,” katanya.

Katanya KPDNHEP memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti penyelewengan barang bersubsidi selain meminta kerja sama orang ramai menyalur malumat untuk membanteras kegiatan itu dengan sewajarnya. – BERNAMA

Tags: KPDNHEPTong LPG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Denggi Di Johor Catatkan Penurunan

Next Post

Mogok Lapar Bekas Naib Presiden Ecuador

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

Next Post

Mogok Lapar Bekas Naib Presiden Ecuador

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd