• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khemah Mangsa Bencana Di Palu Makin Usang

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA PALU (Sulawesi) – Belum usai menarik nafas lega selepas kejadian gempa dan tsunami yang melanda bandar itu pada 28 September lepas, kini nasib yang menimpa seorang daripada penduduknya, Abdul Darwis bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila kakaknya pula meninggal dunia ketika berlindung di khemah sementara yang dibina selepas kejadian itu.

Menceritakan detik hitam dalam hidupnya, pemuda berusia 34 tahun itu berkata kehilangan orang yang disayanginya itu menyebabkan dia seperti kehilangan rentak untuk memulakan semula kehidupannya.

“Di khemah inilah, kakak saya meninggal dunia 10 hari lepas. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini.

“Walaupun telah lebih sebulan bencana alam ini melanda, tetapi sehingga kini tiada perubahan ketara dapat dilihat…bahkan kakak pergi dalam keadaan serba kekurangan di khemah ini,” katanya sebak ketika ditemui Bernama di kem sementara Kampung Kabonena di sini hari ini.

Kisah yang dialami Abdul Darwis itu adalah satu daripada penderitaan lebih 3,000 masyarakat Palu yang terus mendiami khemah beratapkan kanvas berwarna biru yang semakin lusuh serta berlantaikan tanah.

Pada 28 September, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncang Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah yang disusuli dengan tsunami setinggi tiga meter.

Kejadian gempa bumi dan tsunami besar yang melanda Pulau Sulawesi itu telah mengorbankan lebih 2,000 penduduk dengan mereka yang hilang dianggarkan lebih 152,000 orang.

Bagaimanapun, Abdul Darwis berkata dia tidak pasti punca sebenar kematian kakaknya itu. Namun, dia tidak menolak kemungkinan faktor persekitaran yang menyebabkan perkara itu berlaku.

“Kakak sihat sahaja ketika terselamat daripada bencana alam ini, tetapi kesihatannya semakin merosot sejak tinggal di khemah ini,” katanya.

Abdul Darwis berharap dia serta masyarakat Palu yang lain akan mendapat tempat berteduh yang lebih baik sebelum kediaman yang lebih selesa dapat dibina semula. – BERNAMA

Tags: Palu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Setahun, Mangsa Palu Masih Berjuang Teruskan Hidup

29/09/2019
0

JAKARTA - Ribuan penduduk di Indonesia kini masih berjuang membina semula kehidupan mereka setahun selepas gempa bumi kuat dan tsunami...

Masyarakat Palu Terus Diuji, Kini Dilanda Banjir Lumpur

19/11/2018
0

KOTA PALU (Sulawesi) - Luka akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lepas masih belum sembuh namun masyarakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd